PINDA SYARAT MM2H TARIK RAMAI PESERTA
Kerajaan Persekutuan bersetuju meminda beberapa syarat Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) bagi menarik lebih ramai peserta luar negara menyertai program berkenaan bakal memberikan implikasi positif terhadap zon khas Johor termasuk Forest City, dekat Iskandar Puteri.
Antara pindaan tersebut adalah penetapan jumlah simpanan tetap diwajibkan melibatkan kategori Platimum, Emas dan Perak diikuti mudahcara dan kelulusan permohonan MM2H dalam tempoh tiga hari bekerja, moratorium syarat hartanah dibeli yang tidak boleh dijual sebelum tempoh matang serta sambungan visa peserta bagi setiap lima tahun.
Untuk zon khas Johor termasuk Forest City sendiri, Kerajaan Persekutuan secara khusus bersetuju untuk mengurangkan jumlah nilai pembelian hartanah dan simpanan tetap peserta selain memberikan kelonggaran pemilikan dengan moratorium lebih mudah berbanding sebelum ini.
Menerusi penambahbaikan syarat program diperkenalkan pada tahun 2002 dan telah memberikan sumbangan amat signifikan kepada ekonomi negara sebelum ini, Kerajaan Persekutuan pada masa sama melaungkan komitmen tidak akan berkompromi dari segi aspek keselamatan yang menjadi perkiraan utama.
Kesemua perkara itu dimaklumkan YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri yang turut berharap pindaan syarat tersebut akan menarik lebih ramai peserta dari luar negara menyertai MM2H yang dijangka melonjakkan penjualan hartanah dan terimaan simpanan tetap di Malaysia.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor