PROGRAM INTERVENSI SOSIAL Y2Y TANGANI GEJALA SOSIAL


Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Md Shah mengambil inisiatif laksanakan 10 program Y2Y bagi menangani aktiviti tidak sihat. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Sebanyak 10 program Intervensi Sosial dari Belia Untuk Belia (Y2Y) dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Johor bagi memberi kesedaran mengenai aktiviti tidak sihat.

 

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Md Shah ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Skudai, Marina Ibrahim, memaklumkan program tersebut menumpukan aspek advokasi, kempen, pendidikan serta latihan yang memfokus bagi mengurangkan penglibatan belia dalam gejala sosial.

 

Selain itu, JBS Negeri Johor turut menganjurkan Kem Belia Sejahtera yang telah berjaya menarik penyertaan seramai 60 pelajar sekolah serta 71 program di bawah Bahagian Pembangunan Rakan Muda yang melibatkan 30,000 peserta.

 

Penganjuran Jelajah Aspirasi Belia melibatkan kerjasama erat antara JBS Negeri Johor, Majlis Belia Negeri Johor dan Southern Volunteers (SV) juga merupakan satu lagi usaha Kerajaan Negeri di dalam memberikan kesedaran menerusi pelbagai aktiviti dan pameran disediakan.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor