PTP MENERAJUI USAHA SIFAR BERSIH DALAM INDUSTRI MARITIM


Pengerusi PTP, Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh berkata, pelabuhan itu berbesar hati menjadi sebahagian daripada projek berkenaan. | Foto ihsan PTP

 

ISKANDAR PUTERI — Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) terpilih menjadi sebahagian daripada perkongsian infrastruktur (P4I) bagi meneraju usaha penyahkarbonan negara dalam industri maritim.

 

Malah pemilihan PTP, usahasama antara Kumpulan MMC dengan APM Terminals berpangkalan Hague, Belanda dalam usaha berkenaan juga untuk memupuk pertumbuhan inklusif melalui infrastruktur yang lestari di Asia Tenggara.

 

Pengerusi PTP, Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh berkata, pelabuhan itu berbesar hati menjadi sebahagian daripada projek berkenaan malah bercita-cita untuk memupuk pertumbuhan inklusif menerusi infrastruktur yang lestari di Asia Tenggara terutama di Malaysia.

 

“PTP komited untuk membantu usaha Malaysia dalam penyahkarbonan maritim negara industri dan oleh itu memangkin komitmen Malaysia dan global,” katanya.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTP, Marco Neelsen berkata, pihak pelabuhan berbesar hati dengan pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia dan Australia diterima atas komitmen terhadap kelestarian.

 

“Kami menikmati peluang ini untuk bekerjasama rapat dengan kedua-dua pihak terutamanya melalui pasukan projek P4I dan berharap kejayaan pelaksanaan inisiatif ini akan menjadi ‘game changer’ dalam mentransformasikan maritim industri di Malaysia.

 

“Kelestarian merupakan teras kepada perniagaan PTP dan kami komited untuk menerokai cara yang inovatif bagi memperkasakan agenda. Ini bererti kelestarian disematkan dalam semua perkara yang kami lakukan,” katanya.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor