SAJIAN LAKSA ERAT PERPADUAN BANGSA JOHOR
Siapa sangka, perniagaan sajian laksa yang sudah hampir seabad ini masih kekal utuh hingga ke sekarang serta mengeratkan lagi perpaduan Bangsa Johor yang meminati hidangan tersebut.
Laksa yang mempunyai ramuan tersendiri ini mula beroperasi di kantin Sekolah Menengah Foon Yew pada tahun 1976 kemudiannya berpindah ke Jalan Pandan, sebelum mendapat tempat yang lebih selesa di Medan Selera Stulang Laut atas kurniaan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Pemilik Laksa Foon Yew, Ng. Jing Ng, 36, yang meneruskan legasi perniagaan ibunya memaklumkan laksa hasil air tangannya dihidangkan dengan tiga jenis kuah iaitu kari, sup dan kicap sesuai dimakan oleh kanak-kanak.
Premis miliknya juga tidak putus-putus menerima kehadiran pelanggan dari pelbagai kaum yang sama-sama duduk menikmati hidangan di bawah satu bumbung, malah ada yang berkongsi meja terutama pada waktu makan tengah hari dan hujung minggu.
Itulah yang menjadikan laksa Foon Yew sangat istimewa dan menjadi medium mengeratkan perpaduan dalam kalangan Bangsa Johor yang menikmati hidangan berkenaan dalam suasana yang harmoni.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor