SERDANG ANGELS PERTAHANKAN KEJUARAAN JOHOR 7s 2023


Pasukan Serdang Angels juara Johor Sevens (7s) 2023. 

 

Serdang Angels merangkul kejuaraan Johor Sevens (7s) 2023 selepas menewaskan SUKMA Johor 24 (SJ24) dengan keputusan 19-0 dalam perlawanan di Stadium Ragbi Johor, Kompleks Sukan Mount Austin, semalam.

 

Kejayaan kategori Kelab Lelaki Terbuka tersebut menyaksikan Serdang Angels kendalian Khairizal Ali Amat merangkul kejuaraan Johor 7s buat kali kelima berturut-turut. Lebih manis, pemain Serdang Angels, Mohd Syah Izwan Nordin dinobatkan selaku pemain terbaik kategori berkenaan.

 

Sementara itu, pasukan Kedah Ladies mengungguli kategori Kelab Wanita Terbuka menewaskan DKI Jakarta dalam perlawanan akhir. Pemain Kedah Ladies, Wannaree Meechok juga dipilih selaku pemain terbaik bagi kategori berkenaan.

 

Majlis penyampaian hadiah kejohanan yang memasuki edisi keenam itu disempurnakan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru merangkap Presiden Kesatuan Ragbi Johor, Dato’ Mohd Noorazam Osman. Turut hadir, Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor, Ts. Ekmaluddin Ishak.

 

Kejohanan edisi kali ini yang berlangsung pada 16 dan 17 Disember lalu, telah disertai keseluruhan 20 pasukan kelab lelaki terbuka dan 12 Kelab Wanita Terbuka selain wakil dari negara jiran, Singapura dan Indonesia.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor