SISTEM myAI-GYM PERMUDAH ORANG AWAM GUNA GIMNASIUM RAKYAT

YB Dato’ Haji Hasrin Kamal Hashim, Datuk Bandar MBIP merasmikan sistem myAI-GYM di Gimnasium Rakyat TMIYC Iskandar Puteri. | Foto MDJ Aisyah Mazalan

 

#IskandarPuteri – Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) melancarkan myAI-GYM yang merupakan sebuah sistem pengurusan gimnasium pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan kecekapan pengurusan serta memudahkan urusan pengguna di Gimnasium Rakyat, Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Iskandar Puteri dan Gimnasium Muafakat Johor, Hutan Bandar MBIP.

 

Peralihan daripada sistem manual sebelum ini bertujuan untuk proses pendaftaran yang melibatkan pengguna mengurus keahlian, menjejak rekod kesihatan dan membuat tempahan secara dalam talian dengan efisien, sekali gus dapat menjimatkan masa serta meminimumkan kesilapan rekod.

 

Selain itu, myAI-GYM menawarkan penyelesaian digital yang lengkap untuk pengurusan dan pengalaman senaman seperti daftar masuk keluar fasiliti gimnasium menggunakan kod QR, rekod kehadiran secara automatik, maklumat penggunaan peralatan gimnasium lengkap dengan panduan senaman dan pemantauan penggunaan gimnasium secara ‘real time’.

 

Inisiatif myAI-GYM merupakan sebahagian daripada usaha MBIP dalam memperkukuh transformasi digital dan menyokong aspirasi Bandar Raya Pintar akan mula diguna pakai pada 1 Julai 2026 secara percuma sebelum bayaran dikenakan mulai 1 Ogos 2026.

 

Bertemakan ‘myAI-GYM – Gim Pintar, Pengalaman Lebih Mudah’, MBIP berharap pelaksanaan sistem myAI-GYM dapat memberi manfaat kepada seluruh komuniti, khususnya penduduk di kawasan Iskandar Puteri dengan menyediakan pengalaman penggunaan gimnasium yang lebih selamat dan mesra pengguna serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

 

Terdahulu, YB Dato’ Haji Hasrin Kamal Hashim, Datuk Bandar MBIP diiringi Tuan Haji Ezahar Abu Sairin, Setiausaha MBIP hadir merasmikan sistem myAI-GYM di Gimnasium Rakyat TMIYC Iskandar Puteri.

 

#JohorSafeZone
#myAIGYM
#GimnasiumRakyat
#TMIYCIskandarPuteri
#MBIP
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor