STADIUM RAGBI PERTAMA JOHOR HIMPUN 96 JAGUH RAGBI SELURUH NEGARA


Datuk Bandar MBJB, Dato’ Mohd Noorazam Osman merangkap Presiden Kesatuan Ragbi Johor pada Majlis Sidang Media Karnival Ragbi Johor 2023 Edisi Ke-11 di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru. | Foto MDJ Bayu Wira.

 

Buat julung kalinya acara sukan ragbi terbesar di Malaysia, Karnival Ragbi Johor 2023 akan dilangsungkan di Stadium Ragbi Johor, Mount Austin, Johor Bahru yang juga merupakan stadium ragbi pertama di Negeri Johor.

 

Selepas tiga tahun tertangguh akibat pandemik Covid-19, kini Karnival Ragbi Johor kembali memasuki edisi ke-11 yang akan berlangsung bermula pada 15 hingga 17 September ini.

 

Ia bakal menyaksikan 96 pasukan daripada empat kategori lelaki dan perempuan berusia 11 hingga 16 tahun akan berentap merebut gelaran juara bagi edisi kali ini.

 

Datuk Bandar MBJB, Dato’ Mohd Noorazam Osman merangkap Presiden Kesatuan Ragbi Johor pada Majlis Sidang Media Karnival Ragbi Johor 2023 Edisi Ke-11 di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru berkata, usaha ini akan menjadi sebahagian daripada sukan teras di Johor pada masa akan datang, susulan komitmen dan minat yang ditonjolkan generasi muda kini.

 

Kejohanan yang dianjurkan oleh Kesatuan Ragbi Johor edisi kali ini turut mendapat sokongan MBJB, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) akan menjadikan ianya sebagai pentas terbesar dalam mempromosi dan memperkukuh pembangunan sukan ragbi di negeri ini.

 

Kejohanan ini turut mendapat sokongan daripada pihak swasta seperti Detik Hartamas Sdn Bhd, Johor Corporation (JCORP), KFC Malaysia, Nestle-MILO, SAFWA Global Venture(M) Sdn Bhd, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ), KPJ Healthcare (M) Sdn Bhd, RuggerDistrict dan AST Sports.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor