SPR UMUM KEPUTUSAN PRK PULAI DAN SIMPANG JERAM


Kenyataan media oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia berkenaan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.161 Pulai dan Dewan Negeri N.13 Simpang Jeram, Johor.

 

Persoalan siapa yang akan mengisi kekosongan kerusi di Parlimen P.161 Pulai dan Dewan Negeri N.13 Simpang Jeram akhirnya terjawab selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan keputusan rasmi bagi kedua-dua Pilihan Raya Kecil (PRK) tersebut.

 

Pakatan Harapan (PH) menerusi calonnya, Suhaizan Kaiat memenangi kerusi P.161 Pulai dengan jumlah undi 48,283 dan majoriti sebanyak 18,641 undi manakala, Ir. Ts. Nazri Abdul Rahman berjaya mengekalkan kerusi milik PH di N.13 Simpang Jeram selepas memperoleh 13,844 undi dengan majoriti sebanyak 3,514 undi.

 

SPR memaklumkan peratusan keluar mengundi bagi PRK Parlimen P.161 Pulai adalah sebanyak 47.33 peratus manakala kadar peratusan keluar mengundi bagi PRK Dewan Negeri N.13 pula adalah 60.85 peratus.

 

Kedua-dua PRK tersebut diadakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor