Tag Archive for: Harimau Selatan

PEMILIK, PEMAIN DAN PENYOKONG SIMBOL MUAFAKAT JDT

  Tiada umpat yang membunuh dan tiada puji yang mengenyang. Itulah pahit getir perjuangan dan cabaran… onak, duri serta ranjau yang terpaksa dihadapi oleh sang juara Piala FA 2024, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sepanjang sedekad penubuhannya.   Semangat keperwiraan hulubalang pendekar Melayu sejati yang ada dalam diri semua orang yang berlencanakan ‘The Roaring […]

TERIMA KASIH JDT UNTUK PENGALAMAN BERHARGA

  Cabaran Malaysian University Football Team (MUFT) dalam saingan Piala FA 2024/25 berakhir dengan penuh bermakna meskipun tewas agregat besar kepada penyandang juara, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di peringkat suku akhir.   Wakil tunggal Liga A1 Semi-Pro Kejuaraan MBSB Bank 2024/2025 tumpas 5-0 pada suku akhir pertama minggu lalu dan 8-0 suku akhir […]

JDT ‘JUNJUNG’ KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

  Sejak Kod Undang-Undang Hammurabi diperkenalkan oleh pemerintah di negeri Babylon pada 1772 sebelum masihi (SM), kehidupan manusia mula ditentukan oleh satu peraturan yang bukan sahaja mengawal tingkah laku tetapi juga menjadi pegangan, etika dan juga gaya hidup pada waktu itu, sekali gus membina ketamadunan negara bangsa yang unggul.   Sejajar dengan perkembangan semasa, undang-undang […]

KDN FC BUKAN LAWAN YANG MUDAH

  Permainan yang sangat kompak dan semangat juang yang tinggi ditunjukkan pemain Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) membuktikan mereka bukan satu lawan mudah. Itu pujian yang dilemparkan Pengendali Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio sejurus tamat permainan.   Telahan pengendali berasal dari Argentina ini agak tepat apabila strategi permainan yang ditunjukkan oleh […]

LANGKAH KANAN UNTUK JUARA BERTAHAN

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan memulakan episod baharu di pentas saingan Piala FA dengan melayan kunjungan Kelantan Darul Naim (KDN) FC di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), malam ini.   Apa yang berbeza untuk Liga Malaysia (Liga-M) tahun ini, kejohanan Piala FA 2024 edisi ke-34 akan bermula dengan penampilan format baharu berbanding edisi sama, […]

MENTALITI MENANG JADI RAMUAN KEJAYAAN JDT

  Mentaliti menang… menang… menang. Itulah antara faktor penting yang diterapkan dalam Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), tidak kira sama ada peringkat akar umbi hinggalah tahap pasukan elit.   Justeru, peminat bola sepak di seluruh tanah air tidak perlu berasa hairan sekiranya pasukan JDT meraikan kemenangan penuh bangga sebaik habis sesuatu perlawanan kerana perkara […]

SSI TINGKATKAN TAHAP KESELAMATAN DEMI PENYOKONG

  Keselamatan anda keutamaan kami. Itu ikrar yang dijanjikan oleh Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam menjamin tahap keselamatan semua penyokong sama ada ‘die hard fan’ Harimau Selatan mahupun peminat pasukan lawan setiap kali berkunjung ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI).   Selain keterujaan untuk menikmati ‘perlawanan pertama’ Liga Super bagi musim 2024/2025, penyokong yang […]

IBU BAPA PUAS HATI PERKEMBANGAN ANAK DI AKADEMI JDT

  KULAI — Komitmen Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menggilap dan melahirkan lebih ramai pemain bola sepak berkualiti melalui Akademi JDT menerima maklum balas positif daripada ibu bapa.   Kebanyakan ibu bapa menzahirkan rasa berpuas hati terhadap perkembangan anak masing-masing yang terpilih sebagai pelatih di akademi berkenaan.   Bagi Mohd Azlan Mohd Nor, 46 […]

PENYOKONG JUGA PERLU BALAS JASA TMJ

  ISKANDAR PUTERI — Perubahan secara total yang dilakukan oleh DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim terhadap kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah memberi nafas baharu serta mengecapi pelbagai kejayaan sejak 2014. Namun, para penyokong JDT tidak boleh berasa selesa dan disaran untuk terus memainkan peranan membantu kelab serta menghargai […]

BERGSON TERSENARAI KESEBELASAN TERBAIK LIGA JUARA-JUARA AFC 2022

  ISKANDAR PUTERI — Penyerang Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva tersenarai dalam kesebelasan terbaik Liga Juara-juara Asia (ACL) 2022 selepas diundi oleh penyokong, baru-baru ini.   Menerusi perkongsian Johor Southern Tigers, aksi cemerlang Bergson di pentas tertinggi Asia itu telah membantu JDT layak ke peringkat 16 terbaik buat kali pertama sejak […]