Tag Archive for: johor

#BeritaMDJ | CADANG ELAUN TOK BATIN DI DALAM BELANJAWAN JOHOR 2024

  SEGAMAT — Kerajaan Negeri Johor bercadang untuk memasukkan pemberian elaun khas tok batin masyarakat Orang Asli di negeri ini di dalam Belanjawan Johor 2024 akan datang.   Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip, berkata elaun khas daripada Kerajaan Negeri akan membantu tok batin di negeri […]

PTG JOHOR GALAK BUDAYA TRANSAKSI TANPA TUNAI

  TANGKAK — Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Johor menggalakkan pembayaran cukai tanah tanpa tunai secara atas talian di seluruh negeri ini.   Pengarahnya, Dato’ Ashari Kasnan berkata, PTG ingin memupuk kaedah berkenaan dalam transaksi urusan mereka yang disifatkan lebih telus dan selamat.   “Kita di PTG amat menggalakkan kaedah pembayaran sedemikian kerana ia […]

JOHOR DI LANDASAN TEPAT KE ARAH NEGERI MAJU MENJELANG 2030

  ISKANDAR PUTERI — Negeri Johor kini berada di landasan tepat untuk menjadi sebuah negeri maju menjelang 2030.   Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, hasrat tersebut boleh dicapai secara bersama dengan penyertaan lebih ramai pemain industri di negeri ini.   “Kerajaan Negeri juga akan terus bekerjasama menyediakan ruang ekonomi yang berdaya maju selain […]

SMK BANDAR PUTRA BAWA NAMA NEGARA KE PENTAS DUNIA

  ISKANDAR PUTERI — Pasukan NOVA diwakili pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Putra, dekat Kulai, berjaya melayakkan diri ke pertandingan ‘F1 in Schools World Final 2023’ di Singapura, pada September nanti.   Perkara itu dikongsikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh yang bangga dengan pencapaian pelajar sekolah berkenaan kerana […]

JOHOR, SINGAPURA BINCANG CADANGAN WUJUD PERKHIDMATAN FERI

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Negeri serius dalam meningkatkan kesalinghubungan antara Johor dan Singapura menerusi kewujudan perkhidmatan feri dari Puteri Harbour, di sini, ke negara jiran.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, cadangan mewujudkan perkhidmatan berkenaan antara perkara dibincangkan dalam pertemuan bersama Menteri Pengangkutan Singapura, S. Iswaran.   “Kami turut membincangkan cadangan […]

SINGTEL SEDIA BANGUNKAN PUSAT DATA KAMPUS DI JOHOR : MB

  ISKANDAR PUTERI — Konglomerat telekomunikasi Singapura, Singapore Telecommunications Limited (Singtel) menzahirkan kesediaan untuk membangunkan pusat data kampus di negeri ini.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang menyatakan rasa gembira atas penzahiran tersebut memberitahu pusat data bakal dibangunkan itu menggunakan teknologi terkini, mampan dan teknologi hijau.   “Insya-Allah, dengan kekuatan Singtel yang […]

HUBUNGAN ISTIMEWA JOHOR-SINGAPURA PERLU TERUS DIPERKUKUHKAN

  ISKANDAR PUTERI — Jalinan hubungan istimewa antara Johor dan Singapura sejak sekian lama, perlu terus diperkukuhkan demi kemakmuran bersama.   Perkara itu dizahirkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang menyifatkan kedua belah pihak saling melengkapi antara satu sama lain.   Beliau yang dalam rangka lawatan ke negara jiran memberitahu telah mengadakan […]

SULTAN IBRAHIM RASMI BUKU DAN PORTAL KESULTANAN JOHOR

  JOHOR BAHRU — DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan merasmikan Buku dan Portal Kesultanan Johor yang menandai lembaran bersejarah bagi Institusi DiRaja Johor.   Keberangkatan Baginda Tuanku Sultan diiringi DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah.   Turut berangkat sama ialah Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris […]

SYARIKAT PEMAJU HARTANAH MENYUMBANG RM50,000 KEPADA HOSPITAL KULAI

  ISKANDAR PUTERI — Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, dekat Kulai, menerima sumbangan berjumlah RM50,000 daripada syarikat pemaju hartanah, PH World Property.   Selain itu, hospital berkenaan turut menerima penyejuk udara dan kerusi daripada Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon.   Tian Soon memberitahu kehadirannya bagi menyerahkan penyejuk udara yang […]

“KAMI TERBELA DI BAWAH NAUNGAN SULTAN JOHOR” – BATIN LIM

ISKANDAR PUTERI — Dakwaan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kononnya mendapat sokongan masyarakat Orang Asli di negeri ini, untuk membantah cadangan penukaran status tanah rizab didiami kepada ‘Tanah Kesultanan’ adalah tidak benar.   Batin Kampung Orang Asli (KOA) Kangkar Senangar, Lim Abdul Rahman memberitahu tidak setuju dengan tindakan NGO terbabit malah telah membuat aduan kepada […]