RM1.5 JUTA DANA DIRAIH MENERUSI MAKAN MALAM AMAL TLJCF 2023


Sebanyak RM1.5 juta berjaya dikumpul daripada 50 penaja menerusi penganjuran majlis Makan Malam Amal ‘Lights Of Hope’ anjuran Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (TLJCF). | Foto MDJ Bayu Anggara.

 

Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (TLJCF) menganjurkan Majlis Makan Malam Amal ‘Lights Of Hope’ bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada pejuang-pejuang kanser yang memerlukan di Dewan Utama, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, hari ini.

 

Majlis tersebut telah diserikan dengan keberangkatan YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim.

 

Turun hadir, Isteri Menteri Besar Johor, Datin Sharmin Fazlina Mohd Shukor serta Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Johor yang juga Isteri Setiausaha Kerajaan Johor, Puan Sri Datin Dr. Hajah Noor Azizah Abdul Latiff.

 

Hadir sama, Ahli Lembaga Pengarah TLJCF, Dato’ Ismail Karim dan Dato’ Dr. Mohd Khairi Yakub; Pengarah Eksekutif TLJCF, Kol. Dato’ Mohamed Perang Bin Haji Musa serta Ketua Pegawai Eksekutif TLJCF, Mohd Ikmal Izam Zaini.

 

Sebanyak RM1.5 juta berjaya dikumpul daripada 50 penaja terdiri daripada agensi kerajaan, syarikat korporat dan sumbangan individu menerusi penganjuran majlis makan malam amal itu.

 

Untuk rekod, pihak yayasan telah membiayai sejumlah RM11.2 juta bagi membantu 3,620 pejuang kanser sejak penubuhannya pada tahun 2016 sehingga Oktober 2023.

 

Kesemua bantuan yang diberikan merangkumi perubatan, susu berkeperluan khas, peralatan am dan surgeri, sara hidup serta tambang ke hospital serta ujian imbasan.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor