Tag Archive for: maju johor

MENTERI BESAR SERTAI 1,500 PESERTA JAYAKAN GOTONG ROYONG JOHOR BERSIH PERDANA

  JOHOR BAHRU — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyertai 1,500 peserta menjayakan Gotong Royong Johor Bersih Perdana di sekitar Sungai Segget, di sini, hari ini.   Antara lokasi yang dibersihkan adalah Jalan Segget, Jalan Meldrum, Masjid India, Jalan Trus, Jalan Ungku Puan, Jalan Sulaiman dan Jalan Tun Razak.   Onn Hafiz berkata, […]

KERAJAAN JOHOR UTAMAKAN KESELAMATAN, KESELESAAN PENGGUNA DI SEMPADAN NEGARA

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor terus komited dalam memastikan kelancaran keluar dan masuk di pintu sempadan negara di negeri ini.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerajaan negeri bersama pihak berkaitan sentiasa berusaha menambah nilai sistem sedia ada.   “Petang tadi (semalam) saya berkesempatan merasai sendiri pengalaman menggunakan perkhidmatan bas dari […]

KERJASAMA ERAT MAMPU TANGANI KESESAKAN KESESAKAN : MB

  ISKANDAR PUTERI — Kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan mampu menangani isu kesesakan pintu sempadan negara di negeri ini.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas perancangan tindakan bagi mengatasi isu tersebut.   “Terima kasih saya ucapkan kepada Dato’ Ruslin Jusoh, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia […]

EXCO KERAJAAN JOHOR NAFI KELUAR SURAT SOKONGAN

  ISKANDAR PUTERI — EXCO Kerajaan Johor, Mohd Hairi Mad Shah hari ini, menafikan ada mengeluarkan surat sokongan untuk bapanya seperti yang tular di media sosial.   Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin itu berkata, penularan surat palsu tersebut merupakan tindakan tidak bertanggungjawab melibatkan keluarganya.   “Hari ini saya ditanya oleh ramai rakan media mengenai […]

KERAJAAN NEGERI LULUSKAN PERUNTUKAN SEGERA RM3,000

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor bersetuju meluluskan peruntukan segera berjumlah RM3,000 bagi setiap isi rumah terjejas dalam kejadian ribut di Kampung Melayu Majidee, dekat Johor Bahru, semalam.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, peruntukan tersebut diluluskan melalui Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Yayasan Bandaraya Johor Bahru (YBJB) dan Pejabat Menteri […]

LANGKAH SEGERA ATASI MASALAH JALAN DI PASIR GUDANG DAN SENAI – MENTERI BESAR

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Negeri Johor akan mengambil langkah segera bagi menjamin keselesaan, keselamatan dan mengurangkan kesesakan yang berlaku di Lebuhraya Pasir Gudang dan Senai.   Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata beliau telah meminta pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan syarikat yang terbabit bagi mengambil tindakan dan penyelesaian segera berkenaan isu tersebut. […]

KERAJAAN JOHOR BANTU MANGSA RIBUT

  JOHOR BAHRU — Kerajaan Johor proaktif dalam menyelaraskan tindakan susulan kejadian ribut yang mengakibatkan kerosakan kediaman di Kampung Melayu Majidee, di sini, semalam.   Pegawai Daerah Johor Bahru, Muzaldin Mohamed berkata, setakat ini, jumlah kediaman yang terjejas berjumlah 176 buah.   Menurutnya, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam lawatan ke lokasi kejadian […]

TPM TINJAU PPK KAMPUNG PARIT MAKUASANG

  ISKANDAR PUTERI — Sebanyak 170 unit kediaman di bawah Projek Pemajuan Kawasan (PPK) Kampung Parit Makuasang, dekat Pontian, siap dibina bagi manfaat golongan sasar.   Projek tersebut disediakan bagi penempatan semula mangsa banjir, air pasang dan setinggan nelayan di kawasan Sungai Benut dan Sungai Pinggan khususnya Kampung Nelayan, Kampung Sri Tanjung serta Kampung Sungai […]

PENAMBAHBAIKAN HPSF BERMULA TAHUN INI : EXCO KESIHATAN JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Projek penambahbaikan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), dekat Muar, untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan memberikan keselesaan petugas dan pesakit, dijangka bermula tahun ini.   Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, penambahbaikan yang bakal dilakukan melibatkan peruntukan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Johor.   Menurutnya, antara isu […]

KESIAPSIAGAAN TINGGI PENGOPERASIAN KOMPLEKS CIQ BSI

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor terus membuat pemantauan di dua pintu masuk negara bagi memastikan kesiapsiagaan dan kelancaran pengoperasian semasa tempoh Aidilfitri ini.   Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh sekali lagi berkunjung ke Kompleks CIQ BSI semalam.   Beliau yang ditemani Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan […]