Tag Archive for: Negeri Johor

AMBIL BAHAGIAN BERSAMA BANGUNKAN EKONOMI JOHOR

  Golongan usahawan diseru mengambil bahagian dan bersedia merebut peluang daripada Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang mampu menjadi lonjakan dan katalis kepada pembangunan serta pertumbuhan ekonomi Negeri Johor pada masa akan datang.   Selain menyumbang kepada negeri, usahawan menerusi persatuan masing-masing digalakkan memainkan peranan terhadap pembangunan keusahawanan khusus memperkasa usahawan muda untuk berdaya maju […]

PEMBANGUNAN TMIYC WAJAR DIJADIKAN CONTOH

  Pembangunan pusat sehenti bagi aktiviti belia di Negeri Johor seperti Tunku Mahkota Ismail Youth Centre atau TMIYC yang diilhamkan oleh DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor perlu dicontohi oleh semua pihak bukan sahaja di Johor tetapi di seluruh negara.   Perkara itu disuarakan sendiri oleh YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia […]

JOHOR SEDIA LAKSANA KHUTBAH JUMAAT MESRA OKU

    Negeri Johor bakal memperkenalkan penyampaian Khutbah Jumaat mesra Orang Kurang Upaya (OKU) pekak dan bisu di masjid dan surau Jumaat, yang dijangka bermula Ramadan tahun ini.   YB Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor memaklumkan inisiatif berkenaan bagi membolehkan golongan terbabit memahami isi kandungan khutbah yang disampaikan. […]

PIZA KAYU API GAMIT SELERA NUSANTARA

  Keenakan rasa dengan tekstur doh yang lembut selain aroma memukau piza dibakar menggunakan kayu api menggamit selera sesiapa sahaja terutama sajian berasal dari Itali ini.   Hidangan yang diusahakan Mohd Shahril Aman, 47, menampilkan pelbagai variasi rasa lokal dan nusantara yang mengangkat nama Qulai Pizza bukan sahaja dikenali sekitar Kulai, malah Negeri Johor amnya. […]

MANGSA BANJIR JUNJUNG KASIH KEPRIHATINAN TUNKU MAHKOTA JOHOR

  Bantuan segera kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menceria dan memberikan kelegaan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balairaya Kampung Batu Badak, Segamat.   Bagi Aishah Abdul Hamid, kurniaan tersebut membawa erti yang amat bermakna sekali gus menjunjung kasih atas keprihatinan Tunku Ismail kerana telah menghulurkan sumbangan kepadanya […]

SASAR TINGKAT PENGELUARAN TANAMAN MAKANAN UTAMA TAHUN 2027

  Kerajaan Negeri menyasarkan peningkatan buah-buahan fokus seperti betik, durian, nanas, pisang, tembikai, nangka dan kelapa sebanyak 33.61 peratus bersamaan 230,436 tan metrik pada tahun 2027.   Selain itu, Kerajaan Negeri menyasarkan peningkatan pengeluaran sayur-sayuran fokus antaranya cili, halia, bendi, kacang panjang, sawi dan timun sebanyak 39.9 peratus bersamaan 44,977 tan metrik untuk tempoh sama. […]

JOHOR CADANG WUJUD IADA WILAYAH SELATAN

  Kerajaan Negeri mencadangkan penubuhan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Wilayah Selatan bagi menggabungkan pengurusan sawah-sawah di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.   Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip memaklumkan cadangan itu sudah disampaikan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, baru-baru ini.   Cadangan mewujudkan IADA […]

TUNKU MAHKOTA JOHOR TELADAN ORANG MUDA JOHOR

  Karisma kepimpinan dan sifat kasih DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dalam memacu pembangunan belia menjadi ikutan serta teladan kepada golongan berkenaan di negeri ini.   “Kita anak-anak Bangsa Johor sangat bertuah kerana kita ada Tunku Mahkota Johor sebagai penaung dan baginda juga sangat sayangkan kita. Seharusnya kita mencontohi baginda dan […]

PESANAN TMJ BUAT ANAK MUDA JOHOR

DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim selaku wakil rasmi DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, semalam berangkat ke Majlis Multaqa Ulama’ Darul Ta’zim kali ke-8 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru. DYAM Tunku Mahkota Johor menghargai semua hadirin yang sudi meluangkan masa berada di majlis […]

FESTIVAL MAJESTIC JOHOR 2023 SASAR 650,000 PENGUNJUNG

  ISKANDAR PUTERI — Seramai 650,000 pengunjung dijangka menghadiri Festival Majestic Johor 2023 anjuran Tourism Johor dijadualkan berlangsung di Puteri Harbour, di sini, pada 26 Ogos hingga 3 September depan.   Pengarah Tourism Johor, Suhairi Hashim berkata, penganjuran festival tersebut pada tahun lalu, berjaya merekodkan seramai 600,000 pengunjung.   Menurutnya, justeru sasaran pada tahun ini […]