TAHUN NAGA BAWA ‘ONG’ KEPADA NEGERI JOHOR


Persiapan masyarakat Cina menjelang perayaan sambutan Tahun Baharu Cina 2024. | Foto MDJ Dania Farisya

 

Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 diharap membawa kemakmuran dan kemajuan kepada negeri selain mengukuhkan lagi keharmonian masyarakat.

Harapan tersebut dizahirkan Ho Sow Tong, Presiden Persekutuan Tiong Hua Johor Bahru yang mahu melihat perpaduan kaum di negeri ini terus mekar dan dipelihara.

 

Beliau turut bersyukur kerana masyarakat Tiong Hua dapat menyambut dan meraikan Tahun Baharu Cina kali ini dalam suasana yang lebih baik serta muhibah.

 

Selain itu, tahun 2024 yang juga tahun naga dalam kalendar zodiak Cina membawa simbol kekuatan, kehormatan, kejayaan dan tuah selain bakal menghadirkan rezeki yang melimpah.

 

Dengan segala simbol tersebut, semoga sambutan kali ini menjadi pemangkin dan pemacu kepada usaha menjayakan agenda Maju Johor digagaskan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor.

 

Malah, di bawah pemerintahan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ketua Utama Negara sejak 31 Januari lalu, juga mencerminkan sebagai tuah kepada Malaysia.

 

Sow Tong yakin semangat ‘Muafakat Itu Berkat’ dalam kalangan Bangsa Johor akan turut diterapkan sepanjang pemerintahan Seri Paduka Bangsa bagi memupuk keutuhan perpaduan kaum di negara ini.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor