BANGSA JOHOR KENTAL TERUSKAN SUBUH BERJEMAAH DI MASJID & SURAU


Kira-kira lebih 1,000 jemaah hadir menjayakan program Semarak Subuh di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, Yong Peng, subuh hari ini. | Foto Facebook Onn Hafiz Ghazi

Lebih 1,000 jemaah mengimarahkan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, dekat Yong Peng sekali gus menjayakan program #SemarakSubuh #SubuhMacamJumaat pagi tadi.

 

Turut menyertai jemaah terdiri daripada pelbagai lapisan umur adalah YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor.

 

Inisiatif Semarak Subuh diperkenalkan Kerajaan Negeri menerusi Belanjawan Johor 2024 di bawah Strategi Memperkukuh Tadbir Urus Syiar Islam dalam Teras Pertama : Tadbir Urus Kerajaan.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#MajuJohor
#SahihTepatPantas