TANGGUH HINGGA CUTI SEKOLAH BERAKHIR : MENTERI BESAR


Unit Komunikasi dan Korporat Pejabat Imigresen BSI dalam posting dimuat naik pada Selasa lalu, memaklumkan notis penutupan kaunter zon bas masuk dan keluar bagi kerja naik taraf di CIQ itu. | Foto MDJ, Wira Anggara

 

Kerja naik taraf melibatkan penutupan beberapa kaunter secara berfasa di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) diminta untuk ditangguhkan.

 

Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi memaklumkan beliau sudah meminta supaya kerja-kerja naik taraf itu ditangguhkan sehingga cuti persekolahan akhir tahun berakhir.

 

Beliau berkata demikian sebagai memberi maklum balas terhadap laporan media mengenai penutupan beberapa kaunter bagi kerja naik taraf di CIQ terbabit.

 

Maklum balas Menteri Besar menerima reaksi positif dan pujian daripada umum berikutan keprihatinannya selama ini dalam menyelesaikan masalah kesesakan di Tambak Johor.

 

Terdahulu, Unit Komunikasi dan Korporat Pejabat Imigresen BSI dalam posting dimuat naik pada Selasa lalu, memaklumkan notis penutupan kaunter zon bas masuk dan keluar bagi kerja naik taraf di CIQ itu.

 

Penutupan kaunter secara berfasa tersebut melibatkan Kaunter Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC), laluan automatik (sistem e-gate) serta kaunter manual bermula 15 Disember 2023 hingga 15 Januari 2024.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor