TERUS BERIKAN SOKONGAN KEPADA PEJUANG KANSER : YKTLJ


Sambutan Hari Kanser Sedunia 2023 anjuran Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), hari ini, berlangsung meriah dengan penyertaan masyarakat termasuklah pejuang kanser.

 

ISKANDAR PUTERI — Sambutan Hari Kanser Sedunia anjuran Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), hari ini, berlangsung meriah dengan penyertaan masyarakat termasuklah pejuang kanser.

 

Pelbagai aktiviti berlangsung antaranya pameran kesihatan, persembahan aerodance, sesi ‘pocket talk’ JKNJ, forum ‘let’s talk about cancer’, sesi ‘walk all over cancer’ serta pertandingan mewarna ‘colour for awareness’.

 

Pengarah Eksekutif YKTLJ, Dato’ Mohamed Perang Musa berkata, beliau yakin sambutan itu menjadi platform meningkatkan akses kepada masyarakat mengenai pengesanan awal, diagnosis dan rawatan terbaik untuk mengurangkan kadar peratusan penghidap penyakit kanser.

 

“Oleh yang demikian, saya mewakili Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor berharap dengan berlangsungnya sambutan Hari Kanser Sedunia pada hari ini, ia dapat memberi manfaat kepada semua dan segala maklumat yang diperolehi menerusi program ini dapat disebar luas kepada ahli keluarga ataupun kenalan,” kata beliau.

 

Selain itu, beliau turut berharap pihak kerajaan, agensi, badan korporat mahupun individu sentiasa bersama memberikan sokongan sama ada melalui kerja amal sukarela serta menyalurkan sumbangan bantuan dan dana bagi menjadi pemangkin semangat untuk pejuang kanser dan keluarga.

 

Sambutan Hari Kanser Sedunia anjuran YKTLJ dengan kerjasama JKNJ telah disempurnakan perasmiannya oleh Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa.

 

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon; Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dato’ Dr. Aman Rabu serta Ketua Pegawai Eksekutif YKTLJ, Mohd Ikmal Izam Zaini.

 

Pada sambutan tersebut, berlangsungnya sesi penyerahan mock-cheque sumbangan berjumlah RM10,000 daripada UDA Holdings Berhad kepada Tabung YKTLJ.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor