TIGA SUNGAI MELEBIHI TAHAP AMARAN, LAPAN SUNGAI WASAPADA


Sungai Muar | Gambar fail

 

ISKANDAR PUTERI — Tiga sungai di Johor dilaporkan telah melebihi tahap amaran, manakala lapan sungai pula melebihi tahap waspada.

Menurut laporan daripada laman sesawang rasmi Public Infobanjir, setakat jam 10.30 hingga 10.45 pagi tadi, tiga sungai yang melebihi tahap amaran itu adalah Sungai Senduk (Tangkak), Sungai Muar di Kampung Awat (Segamat) dan Sungai Kesang di Telok Rimba (Tangkak).

Sementara itu, sungai yang telah melebihi tahap waspada pula merupakan Sungai Muar di Panchor (Muar), Sungai Mati di Pulau Penarik (Tangkak), Parit Keliling di Kampung Pasir (Johor Bahru), Empangan Bekok (Batu Pahat), Kampung Parit Tengah (Muar), Sungai Ayer Hitam di Kampung Paya Embun (Pontian), Sungai Lenik di Ladang Chaah (Segamat) dan Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur (Tangkak).

Daripada keseluruhan 11 sungai yang dilaporkan, enam sungai menunjukkan trend menaik manakala dua sungai (menurun) dan tiga sungai (tiada perubahan).

Orang ramai boleh mendapatkan notifikasi aras air dan hujan terkini menerusi laman web rasmi Public Infobanjir, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia iaitu publicinfobanjir.water.gov.my sebagai langkah berjaga-jaga.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor