TMJ PELAWA SPRM, PEMILIK KELAB AUDIT KEWANGAN JDT


DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim sangkal dakwaan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dibayar oleh pihak lain sebaliknya mempelawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pemilik kelab bola sepak di Malaysia untuk datang memeriksa audit kewangan JDT | Sumber Foto Facebook HRH Crown Prince of Johor.

 

ISKANDAR PUTERI — DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim mempelawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pemilik kelab bola sepak di Malaysia untuk menyemak serta memeriksa audit kewangan kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).

 

Tunku Ismail yang juga pemilik JDT bertitah, kesemua pendapatan dan perbelanjaan kelab tersebut datangnya daripada penaja, dirinya secara peribadi dan DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

 

“Berkenaan degan tuduhan yang mengatakan ‘kontraktor yang bayar gaji pemain-pemain’. Saya menyeru pihak SPRM atau mana-mana pemilik kelab bola sepak yang berminat, boleh datang sendiri dan periksa dan audit kewangan JDT termasuk sumber-sumber pendapatan dan perbelanjaan.

 

“Duit JDT datang daripada sponsor, serta duit saya dan DYMM Sultan Johor sendiri,” titah baginda Tunku Ismail menjawab dakwaan daripada pengguna ‘twitter’ yang menyatakan pemain JDT dibayar oleh ‘kontraktor.

 

Baginda juga menegaskan kewangan dan perbelanjaan JDT bukan daripada peruntukan Menteri Besar atau kerajaan.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor