PERSIAPAN RAPI PRA MUSIM SATU KEPUTUSAN YANG TEPAT : TMJ


 

DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim bertitah persiapan pra musim yang rapi sebelum liga baharu bermula merupakan satu keputusan yang tepat buat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT). | Sumber foto – JOHOR Southern Tigers

 

JOHOR BAHRU— DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim bertitah persiapan pra musim yang rapi sebelum liga baharu bermula merupakan satu keputusan yang tepat buat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

 

Titah baginda Tunku, persiapan adalah kunci kejayaan dan keputusan untuk mengadakan latihan pra musim di Dubai dengan menentang kelab-kelab lebih besar telah memberi manfaat besar kepada JDT.

 

“Saya tidak menyangka JDT akan menjaringkan 30 gol dalam tujuh perlawanan dan menang ketujuh-tujuh perlawanan tersebut.

 

“Lazimnya, momentum pasukan akan terganggu sedikit selepas pra musim. Tetapi para pemain dan pegawai pasukan telah memberi komitmen yang tinggi untuk berada pada tahap ini,“ titah demikian menerusi video yang dimuatnaik di laman Facebook rasmi JOHOR Southern Tigers.

 

JDT kini sedang mendahului carta Liga Super selepas tujuh perlawanan dengan 21 mata dan sedang dalam pemburuan untuk mengekalkan kejuaraan buat kali ke 10 berturut-turut.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor