TRANSFORMASI ESC 2.0 ERA BAHARU SUKAN DI JOHOR

YB Datuk Pandak Ahmad, Ahli Dewan Negeri Johor Kawasan Kota Iskandar hadir merasmikan Majlis Pelancaran Educity Sports Complex (ESC) 2.0 di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri. | Foto MDJ Wira Anggara
Kompleks Sukan Educity (ESC) 2.0 yang dilancarkan secara rasmi oleh Iskandar Investment Berhad (IIB) akan menjadi sebuah mercu tanda baharu dalam arena sukan dan hiburan di Negeri Johor. Transformasi ESC 2.0 merangkumi penambahbaikan fizikal serta kemudahan bertaraf dunia bertujuan sebagai hab utama kepada atlet, penganjuran acara berprestij dan komuniti setempat.
Selaras dengan visi baharu dan hala tuju strategik, ESC 2.0 menyasarkan lebih 100,000 pengunjung sepanjang tahun 2025 dengan tarikan yang lebih menarik, sekali gus memberikan impak ekonomi luar biasa yang menyumbang RM1 bilion kepada sektor pelancongan Johor.
Kompleks sukan ini akan menganjurkan Liga Pickleball Antarabangsa (IPBL) pada bulan April 2025 dan acara D’Straits Duathlon yang dijadualkan berlangsung pada September 2025. Kejohanan berprestij ini akan mengangkat nama ESC 2.0 ke persada antarabangsa dan mengukuhkan Iskandar Puteri sebagai destinasi pilihan bagi pelancongan sukan.
Terdahulu, YB Datuk Pandak Ahmad, Ahli Dewan Negeri Johor Kawasan Kota Iskandar hadir merasmikan Majlis Pelancaran Educity Sports Complex (ESC) 2.0 di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri.
Hadir sama, Encik Sharil Nizam Abdul Rahim, Pengarah Tourism Johor dan Encik Haris Hardi Zakaria, Ketua Pegawai Pelaburan IIB.
#ESC
#EducitySportsComplex
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor