2,300 BUBUR LAMBUK DIEDAR KEPADA KOMUNITI ISKANDAR PUTERI


Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) hari ini mengadakan Program Bubur Lambuk Perdana Peringkat Komuniti Iskandar Puteri 2024 di Masjid Taman Impian Emas. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

Lebih 2,300 bungkus bubur lambuk berjaya disediakan oleh 150 sukarelawan sempena Program Bubur Lambuk Perdana Peringkat Komuniti Iskandar Puteri 2024 anjuran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) di Masjid Taman Impian Emas, dekat Skudai, hari ini.

 

Kesemua sukarelawan terlibat terdiri dalam kalangan warga MBIP dan rakan strategik program iaitu Southern Volunteers Iskandar Puteri, Yayasan Penyayang Iskandar Puteri, Iskandar Investment Berhad (IIB), Affin Islamic Bank Wilayah Selatan serta Jawatankuasa Masjid Taman Impian Emas.

 

Juadah istimewa yang sinonim dengan kehadiran bulan Ramadan itu telah dimasak dan dibungkus secara bergotong royong seterusnya diagihkan kepada komuniti Iskandar Puteri di Bazar Ramadan Taman Universiti dan Bazar Ramadan Taman Ungku Tun Aminah.

 

Terdahulu, Program Bubur Lambuk Perdana Peringkat Komuniti Iskandar Puteri 2024 yang juga aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) MBIP bersama masyarakat, disempurnakan pelancarannya oleh Yang Berhormat Dato’ Mohd Haffiz Ahmad, Datuk Bandar MBIP.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor