BERSAMA BANTU STABIL STOK BEKALAN DARAH


YB Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor berkesempatan melakukan ujian kesihatan dan mengadakan lawatan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru. 

 

Susulan kadar peratusan pendermaan darah yang mengalami penurunan ketika bulan Ramadan, Bangsa Johor terutama bukan Melayu diajak bersama membantu menstabil dan memastikan stok bekalan darah mencukupi serta sentiasa berada pada paras selamat.

 

Dengan purata penggunaan darah sebanyak 250 beg setiap hari di Negeri Johor, cabaran menstabilkan stok bekalan darah ketika bulan Ramadan adalah sangat tinggi berikutan penurunan dalam kalangan penderma Melayu selain kekangan tempoh masa pendermaan yang berlaku.

 

Justeru, dengan bulan Ramadan yang berbaki lebih kurang dua minggu sahaja lagi, pelbagai pihak sama ada swasta, kerajaan atau pertubuhan diseru membantu menganjurkan program derma darah serta menguar-uarkan kepada kakitangan seliaan masing-masing atau orang ramai untuk menderma darah.

 

Terdahulu, Yang Berhormat Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor mengadakan lawatan ke Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor