36 EMAS WARNAI KEMPEN JOHOR DI SUKMA SELANGOR

Kontinjen Johor yang dibarisi 689 atlet menutup tirai Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 dengan kutipan 36 pingat emas, 52 perak dan 46 gangsa selepas bersaing dalam 379 acara melibatkan 37 jenis sukan.
#ShahAlam – Kontinjen Johor yang dibarisi 689 atlet menutup tirai Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 dengan kutipan 36 pingat emas, 52 perak dan 46 gangsa selepas bersaing dalam 379 acara melibatkan 37 jenis sukan.
Antara detik paling manis hadir menerusi bola sepak lelaki apabila Johor meraih pingat emas buat kali pertama selepas menewaskan Selangor 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti sekali gus melakar kejayaan dalam acara yang sering dianggap sebagai ‘ibu segala pingat’.
Beberapa sukan turut mempamerkan peningkatan berbanding SUKMA Sarawak 2024 apabila pencak silat dan catur masing-masing menambah kutipan emas daripada satu emas kepada tiga emas, manakala boling padang meraih tiga emas, tiga perak dan satu gangsa berbanding dua emas, satu perak dan tiga gangsa pada edisi lalu.
Wushu pula menyumbang satu emas, dua perak dan satu gangsa selepas meraih tiga perak serta empat gangsa dua tahun lalu, manakala berbasikal trek yang tidak dipertandingkan pada edisi berkenaan muncul antara penyumbang penting buat Johor kali ini dengan empat emas, tiga perak dan satu gangsa.
Olahraga kekal sebagai penyumbang utama dengan sembilan emas, lapan perak dan lima gangsa selain mencipta empat rekod baharu SUKMA menerusi acara rejam lembing lelaki, 200 meter lelaki, 4×100 meter lelaki dan 4×400 meter campuran.
Berbanding kutipan 35 emas, 42 perak dan 58 gangsa pada SUKMA Sarawak 2024, Johor kali ini menambah satu emas dan 10 perak sekali gus menutup kempen kontinjen negeri dengan pencapaian yang membanggakan Bangsa Johor.
#JohorSafeZone
#SUKMAXXII
#Selangor2026
#KontinjenJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



