WALK WITH DEAF MADANI 2023 TERIMA SAMBUTAN MEMBERANGSANGKAN
Hampir 200 peserta terdiri pelbagai lapisan usia dan latar belakang menjayakan program ‘Walk with Deaf MADANI 2023’ anjuran Persatuan Sukan Orang Pekak Johor (JSDeaf), hari ini.
Timbalan Presiden JSDeaf, Wong Wah Chei memaklumkan program komuniti yang mendapat sambutan itu menjadi platform mengeratkan hubungan antara masyarakat normal dan mereka yang kelainan upaya.
JSDeaf merupakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang bertindak mempromosi, menggalak pembangunan sukan komuniti dalam kalangan ahlinya di peringkat akar umbi malah ke peringkat negeri.
Selain itu, kepimpinan JSDeaf diterajui oleh majoriti anak Johor berkelainan upaya pendengaran komited dalam usaha meningkatkan kualiti hidup komuniti tersebut dalam segenap aspek.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor