602,619 PELAJAR DI JOHOR LAPOR DIRI SESI PERSEKOLAHAN BAHARU


Pelajar tingkatan satu teruja untuk hari pertama pembukaan sekolah sesi 2024/2025 di SMK Sultan Ismail, Johor Bahru. | Foto MDJ Dania Farisya

 

Hari pertama pembukaan sekolah sesi akademik tahun 2024 / 2025 menyaksikan kira-kira 577,844 pelajar dari Pra-Sekolah hingga Tingkatan Enam melaporkan diri di 1,192 sekolah di Negeri Johor bagi kumpulan A yang bermula hari ini.

 

Sesi kali ini juga menjadi tahun kedua tiada proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) untuk minggu pertama bagi menarik minat pelajar terus bersemangat hadir ke sekolah.

 

Selain itu, ibu bapa dinasihatkan agar tidak risau terhadap kurikulum persekolahan sedia ada susulan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengembalikan takwim sesi persekolahan bermula Januari berbanding Mac ketika ini.

 

Kurikulum persekolahan tidak akan terjejas meskipun berlaku penyusunan semula takwim dan akan dilaksanakan seperti biasa dengan tempoh persekolahan iaitu 190 hari, namun cuti tempoh cuti penggal akan dipendekkan.

 

Terdahulu, YB Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor bersama YBrs. Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia membuat tinjauan hari pertama pembukaan sekolah bagi sesi akademik tahun 2024 / 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail, pagi tadi.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor