MEMAKNAI ERTI PENGORBANAN


Foto Ihsan: Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP)

 

Hari raya Aidiladha merupakan satu lagi perayaan yang cukup istimewa diraikan pada 10 Zulhijjah oleh umat Islam di seluruh dunia yang sinonim dengan ibadah haji di Tanah Suci.

 

Malah, Aidiladha turut mengingatkan umat Islam kepada kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan kesabaran anaknya, Nabi Ismail A.S dalam mentaati perintah Allah SWT.

 

Sempena sambutan Aidiladha kali ini, golongan muda disaran untuk mendalami erti pengorbanan sebenar dan mengambil ikhtibar daripada kisah Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S.

 

Bagi Ustaz Azam Al-Kankari, golongan tersebut diajak sentiasa bersedia untuk melakukan pengorbanan seterusnya mencurahkan masa dan tenaga dengan menyertai aktiviti korban.

 

Penglibatan golongan muda membantu menjayakan ibadah korban secara tidak langsung mendidik untuk menyemarakkan semangat gotong royong dalam kehidupan bermasyarakat seperti dianjurkan Islam.

 

Selain itu, kesediaan melakukan pengorbanan juga bukan hanya ketika Aidiladha, sebaliknya dituntut sepanjang masa sebagaimana kisah hijrah Nabi Muhammad SAW dan para sahabat dari Kota Mekah ke Madinah.

 

Pendakwah bebas itu turut menyifatkan penyertaan Orang Muda Johor dalam program Semarak Subuh sebagai bentuk pengorbanan untuk mengimarah masjid dan surau bagi melaksanakan perintah Allah SWT.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor