SUKMA XXI SARAWAK 2024 ‘DEBUT’ BUAT HAKIMI


Muhammad Hakimi Roslan, atlet pasukan memanah yang mewakili kontinjen Johor untuk SUKMA XXI Sarawak 2024. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Sesiapa sahaja akan bangga bila menerima peluang untuk berjuang demi Negeri Johor dalam apa acara sukan sekalipun, apatah lagi apabila pertama kali disenarai untuk mewakili kontinjen Johor di Sukan Malaysia XXI (SUKMA) Sarawak 2024.

 

Muhammad Hakimi Roslan, 17, sangat berbesar hati dan berasa teruja apabila nama beliau tersenarai dalam pasukan memanah kontinjen Johor untuk SUKMA XXI Sarawak 2024 kali ini, di samping tidak sabar untuk membuktikan sesuatu kepada keluarga.

 

Berbekalkan pengalaman menjuarai Kejohanan Terbuka Memanah di Bogor, Indonesia dengan pungutan pingat satu Emas, empat Perak dan 1 gangsa, Hakimi telah bersedia untuk membawa tanggungjawab dan ingin melakar sejarah baharu di bumi Kenyalang.

 

Selain daripada kelengkapan fasiliti sukan memanah yang lengkap di Negeri Johor, Hakimi turut berterima kasih kepada Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) yang telah menyediakan sesi psikologi bagi memperbaiki kelemahan, dan juga bantuan untuk kelengkapan memanah yang baharu demi perjuangan di temasya dwi tahunan nanti.

 

SUKMA XXI Sarawak 2024 akan bermula pada 17 Ogos 2024 hingga 25 Ogos 2024 nanti.

 

Selamat maju jaya Hakimi!

 

#RiseUpJohor
#SukmaSarawak2024
#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor