ZAIN SOYA MAHU ‘PEGANG’ BATU PAHAT


Mohd Zain Zainal Abidin, 39, pengusaha Zain Soya Enterprise menerima bantuan mesin pengisar bernilai RM3,500 daripada Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd (PUJB). | Foto MDJ Bayu Wira

 

Mengambil keputusan untuk mewarisi perniagaan produk berasaskan kacang soya diusahakan bapa sejak tahun 2016 ternyata menjadi keputusan tepat buat Mohd Zain Zainal Abidin, 39, apabila Zain Soya Enterprise mendapat perhatian Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd (PUJB).

 

Mohd Zain mengakui dirinya bertuah dipilih untuk menerima bantuan mesin pengisar bernilai RM3,500 daripada PUJB dalam usaha menggandakan hasil pengeluaran tauhu berbanding 1,000 keping sehari sebelum ini selain menyediakan air soya yang menjadi kegemaran penduduk setempat.

 

Malah, berkat sokongan serta dorongan daripada pelbagai agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan juga telah menyumbang terhadap kekuatan jenama Zain Soya yang sudah lazim dengan masyarakat di sekitar Yong Peng dan Parit Yaani sekali gus memberi keyakinan kepada Mohd Zain memperluaskan jenama itu ke seluruh daerah Batu Pahat.

 

Pada Jelajah Aspirasi Orang Muda Johor (OMJ) @ Batu Pahat, YB Mohd Hairi Md Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor turut menyampaikan sumbangan kepada Gerakan Belia 4B Kawasan Ayer Hitam dan Majlis Kelab Belia Bell Tamil Batu Pahat di Cafe Jalan Lama, Yong Peng.

 

Hadir sama, YB Dato’ On Jabbar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia, Sukarelawan), YBhg Nur Faiz Jamil, Yang Dipertua Majlis Daerah Yong Peng dan Mohammad Aliff A. Rahim, Presiden Majlis Belia Negeri Johor.

 

Jelajah Aspirasi OMJ yang telah menyantuni golongan belia di daerah Pontian, Segamat, Kluang, Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing, Kulai dan Tangkak merupakan platform terbaik untuk orang muda menyuarakan hasrat, pandangan serta kritikan membina kepada Kerajaan Johor.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor