JDT DIRECT UNTUNG BESAR


DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor berkenan berangkat merasmikan pembukaan cawangan kedua JDT Direct. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Sejak beroperasi bermula Mac 2024, JDT Direct Megastore di Stadium Sultan Ibrahim mengorak langkah ke hadapan dengan membuka cawangan kedua di Pusat Beli Belah Toppen bagi memudahkan penyokong Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mendapatkan barangan rasmi.

 

DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor sekali lagi berkenan berangkat merasmikan pembukaan cawangan kedua JDT Direct, memberi isyarat jelas bahawa Baginda merupakan penyambung legasi kelab bolasepak terbaik Asia Tenggara ini.

 

Turut menemani keberangkatan Baginda adalah YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah binti Tunku Ismail.

 

Kevin Ramalingam, Pengarah Komersial JDT memaklumkan kewujudan JDT Direct adalah untuk penyokong mendapatkan cenderahati rasmi kelab, selain turut memberi bayangan bahawa lokasi seterusnya akan dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai bagi memudahkan pelancong luar yang datang ke Johor.

 

Istimewa pada pembukaan cawangan kedua JDT Direct, sebanyak 100 helai baju edisi terhad kolaborasi antara JDT dan jenama tempatan ‘Crossover’ telah habis dijual.

 

Luaskan Kuasamu Johor!

 

#theTMJeffect
#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor