TAMAN EKO-RIMBA GUNUNG PULAI 1 DAN GUNUNG PULAI 2 DITUTUP BERMULA SEMALAM


Imej Ihsan Jabatan Perhutanan Negeri Johor

 

ISKANDAR PUTERI — Taman Eko-Rimba Gunung Pulai 1 dan Taman Eko-Rimba Gunung Pulai, Kulai akan ditutup kepada orang ramai bermula semalam sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kemudian.

Jabatan Perhutanan Negeri Johor dalam notis penutupan memaklumkan tindakan itu terpaksa diambil berikutan musim tengkujuh ekoran monsun timur laut yang sudah bermula.

“Adalah dimaklumkan segala aktiviti mandi-manda dan perkelahan di Taman Eko-Rimba Gunung Pulai 1 serta Gunung Pulai 2 tidak dibenarkan dan ditutup kepada pengunjung awam mulai 25 Oktober (semalam) sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

“Penutupan ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakan sebarang kejadian atau kemalangan yang tidak diinginiberikutan musim tengkujuh,” katanya dalam kenyataan.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya sebelum ini memaklumkan peralihan monsun yang berlaku di rantau negara ini bermula 3 Oktober lalu hingga November.
Fasa peralihan monsun yang turut menandakan berakhirnya monsun Barat Daya ini akan menyebabkan keadaan cuaca tidak menentu seperti hujan lebat, ribut petir dan angina kencang.

Monsun Timur Laut pula dijangka bermula pada pertengahan November ini dijangka turut menyebabkan berlakunya keadaan ribut petir, hujan lebat berterusan dan angin kencang.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor