BOLING PADANG JOHOR BURU DUA LAGI EMAS

Kem boling padang Johor menyasarkan tambahan dua pingat emas menerusi lima acara berbaki pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 selepas meraih dua emas semalam.
#ShahAlam – Kem boling padang Johor menyasarkan tambahan dua pingat emas menerusi lima acara berbaki pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 selepas meraih dua emas semalam.
Dua emas menerusi acara perseorangan wanita dan fours wanita diraih di luar sasaran awal yang sebelum ini diletakkan pada acara berpasangan lelaki dan triples lelaki.
Pencapaian tersebut meningkatkan keyakinan Mahedi Ramlee, Ketua Jurulatih Boling Padang Johor, untuk memastikan anak buahnya meneruskan momentum positif sehingga saingan berakhir pada 23 Ogos ini.
Cabaran Johor diteruskan menerusi acara mixed pairs kategori B membabitkan gandingan Nik Nur Insyirah Nik Mohd Sharudi dan Nor Muhammad Hadi Azme di Kompleks Boling Padang Bayuemas, hari ini.
Prestasi barisan pemain setakat ini turut memberi keyakinan kepada kem Johor untuk merealisasikan sasaran tambahan dua emas.
Pemenang perak acara berpasangan lelaki, Akmal Darwisy Abdul Rahim dan Muhammad Afiq Danial Suhaimi, masih berpeluang menambah koleksi pingat apabila Akmal beraksi dalam perseorangan lelaki, manakala Afiq dalam fours lelaki.
Kem boling padang Johor kini bertekad memanfaatkan baki saingan untuk memperkukuh sumbangan pingat kepada Kontinjen Johor pada SUKMA XXII Selangor 2026.
#JohorSafeZone
#SUKMAXXII
#Selangor2026
#KontinjenJohor
#BolingPadang
#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


