KEKUATAN MENTAL ATLET JOHOR DIDORONG KEPAKARAN ‘THE CAGE BY MSNJ’

Di sebalik kejayaan atlet Johor pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026, sentuhan pakar psikologi sukan daripada The Cage menjadi rahsia utama.
Di sebalik kejayaan atlet Johor pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026, sentuhan pakar psikologi sukan daripada The Cage menjadi rahsia utama.
Ramai yang kurang sedar bahawa peranan pakar psikologi sukan sememangnya amat kritikal dan merangkumi pelbagai fasa persediaan atlet seperti waktu persediaan dan menjelang hari kejohanan.
Pakar psikologi perlu bersedia pada setiap masa ketika diperlukan atau mengikut permintaan setiap sukan, malah mereka juga perlu menilai setiap kondisi mengikut keberatan emosi atlet yang sedang berjuang.
Encik Syaiful Akmal bin Abdul Karim, Pegawai Psikologi Sukan The Cage berpuas hati dengan perkhidmatan psikologi sukan di Johor. Para atlet yang bertanding akan diberikan kefahaman tentang ilmu psikologi dan rawatan konsultansi bagi membantu menguruskan tekanan, meningkatkan keyakinan diri serta mengukuhkan ketahanan mental.
Syaiful Akmal, lebih mesra dikenali sebagai ‘The Psyco’ turut memuji sistem penyediaan atlet yang teratur, dikendalikan sepenuhnya oleh pasukan The Cage yang terdiri daripada pakar suaian fizikal, pakar nutrisi dan pemakanan sukan, pakar psikologi serta bahagian pemulihan khas.
Beliau merasakan keistimewaan ini hanya terdapat di negeri Johor kerana setiap atlet mendapat satu pakej lengkap, bermula dari ujian fizikal membawa ke laporan penilaian indeks jisim badan seterusnya ke bidang psikologi sukan.
Walau bagaimanapun, Syaiful berpendapat bahawa setiap atlet sentiasa bersedia untuk berjuang dan peranan mereka hanya memberi suntikan, motivasi dan memanipulasi cara atlet berfikir untuk menang.
Kesedaran tentang kepentingan aspek minda ini semakin meningkat dalam sukan moden kerana pada tahap kompetitif tertinggi, kekuatan mental selalunya menjadi penentu antara pingat Emas dan Perak.
Tahniah kontinjen Johor! 🔵🔴
#JohorSafeZone
#Fearless
#TheCageMSNJ
#SukanMalaysia
#SUKMASelangor2026
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


