801KM PAIP AIR LAMA SUDAH DIGANTI, 650KM LAGI DIJADUALKAN 2027–2031

YB Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor menyampaikan ucapan penggulungan pada Mesyuarat Kedua (Belanjawan 2027) bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Ke-16. | Foto MDJ Nazreen Aimie
#IskandarPuteri – Sebanyak 801 kilometer (KM) saluran paip air lama telah diganti di seluruh Johor bagi tempoh 2020 hingga 2026 dengan kos sebanyak RM535 juta bagi meningkatkan kestabilan dan kebolehpercayaan sistem bekalan air negeri.
Bagi perancangan seterusnya, sebanyak 422 KM paip air dengan anggaran kos RM361 juta sedang melalui peringkat perancangan dan proses tender untuk ia dilaksanakan secara berperingkat kelak.
Di bawah Pelan Perniagaan Tempoh Operasi Ke-7 (OP7) bagi tempoh 2027 hingga 2031 pula, penggantian sepanjang 650 KM paip diperuntukkan dengan anggaran kos sebanyak RM900 juta sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk menaik taraf sistem perpaipan negeri.
Keutamaan penggantian paip air ini ditentukan berdasarkan rekod kekerapan kejadian paip pecah dan kebocoran, masalah tekanan serta kualiti air, kadar kehilangan air dan aduan pengguna supaya kawasan paling berisiko akan diberi perhatian terlebih dahulu.
Usaha ini penting memandangkan masih terdapat lebih daripada 6,000 KM paip lama jenis Asbestos Cement (AC) di Johor yang memerlukan penggantian secara berperingkat bagi mengurangkan kejadian paip pecah dan juga gangguan bekalan air kepada penduduk di beberapa lokasi di negeri ini.
Terdahulu, YB Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor menyampaikan ucapan penggulungan pada Mesyuarat Kedua (Belanjawan 2027) bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Ke-16 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, hari ini.
#JohorSafeZone
#BelanjawanJohor2027
#JohorMajuRakyatSejahtera
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



