PROGRAM BARAKAH ZAKAT 2022 MAINJ HINGGA 31 DISEMBER INI


Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menganjurkan Program Barakah Zakat 2022 yang berlangsung mulai 1 hingga 31 Disember ini / Gambar Ihsan MAINJ

 

ISKANDAR PUTERI — Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) akan mengadakan Program Barakah Zakat 2022 yang berlangsung dari 1 hingga 31 Disember ini.

Program Barakah Zakat 2022 ini gabungan program di antara kutipan zakat, agihan zakat dan pembangunan ekonomi asnaf dengan penyediaan pelbagai program menarik sepanjang acara ini berlangsung.

Mengikut kenyataan di laman sesawang rasmi MAINJ, Program Barakah Zakat ini bertujuan untuk menyebar luaskan kewajipan berzakat kepada semua penduduk Islam khususnya di negeri Johor.

Selain itu, menerusi penganjuran sama, ia secara tidak langsung memberi peringatan kepada pembayar zakat sedia ada serta melahirkan semangat kepada mereka yang masih belum menunaikan zakat.

Menerusi Program Barakah Zakat 2022 ini juga, orang ramai akan diberi bimbingan kaedah pengiraan semua jenis zakat secara atas talian dan melalui kaunter yang disediakan dibeberapa lokasi terpilih.

Ia secara tidak langsung dapat menanamkan pengetahuan akan kewajipan berzakat dari segenap lapisan usia melalui Program Barakah Zakat 2022.

Penganjuran Program Barakah Zakat 2022 ini juga turut menjadi platform kepada pihak MAINJ untuk melaksanakan hebahan mengenai kemana wang zakat yang dikutip dibelanjakan dengan melakukan program kebajikan dan kemasyarakatan.

Lebih memberangsangkan, MAINJ juga akan turut menyantuni penerima zakat secara terus di beberapa lokasi di mana Program Barakah Zakat 2022 ini berlangsung sepanjang Disember ini.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor