JOM SERTAI KURSUS PEMERKASAAN USAHAWAN KE ARAH DIGITALISASI
ISKANDAR PUTERI — Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Johor dengan usahasama Payment Network Malaysia Sdn Bhd (PAYNET) akan mengadakan Kursus Pemerkasaan Usahawan Ke Arah Digitalisasi pada 30 Januari ini.
FAMA Johor dalam kenyataan di laman sosial Facebooknya berkata, inisiatif itu seiring dengan seruan kerajaan melalui pelaksanaan rangka tindakan Eknomi Digital Malaysia (MYDigital).
Kursus yang dijadualkan bermula dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari di Pejabat FAMA Johor itu dilaksanakan bertujuan mentransformasikan semua usahawan ke arah penggunaan e-pembayaran.
Selain itu, menerusi kursus sehari itu juga memberi fokus dalam usaha meningkatkan kesedaran penggunaan sistem e-pembayaran termasuk di dalam ekosistem FAMA tersendiri.
Lebih penting, ia juga secara tidak langsung memacu agenda e-pembayaran nasional dengan membantu usaha negara dalam memigrasikan sistem lama kepada sistem e-pembayaran yang mempunyai kecekapan yang lebih tinggi.
Justeru, FAMA Johor mempelawa usahawan terutama mereka yang mempunyai kaitan dengan agensi itu untuk menghadiri kursus yang diadakan secara percuma dengan mendaftar di https://forms.gle/brtczbP96YzNHnXx8.
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor