HAB AGROMAKANAN ‘FARMBYTE’ KUKUH AGENDA KETERJAMINAN MAKANAN


Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip menyempurnakan pelancaran pembangunan ekosistem agromakanan berteraskan ‘digital first’ | Sumber foto Dato’ Zahari Sarip.

 

ISKANDAR PUTERI — Agenda Jaminan Bekalan Makanan sentiasa menjadi keutamaan dan menjadi antara fokus dalam hala tuju pembangunan negeri ini.

 

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip berkata, salah satu pelaksanaannya menerusi penubuhan Farmbyte FoodHub di Ulu Tiram.

 

“Ianya merupakan inisiatif oleh Johor Corporation (JCorp) menerusi KULIM (M) Berhad dan FarmByte Sdn. Bhd. dalam membangunkan sebuah hab agromakanan bagi mengukuhkan lagi agenda keterjaminan makanan dalam negeri ini.

 

“Bagi pihak kerajaan negeri, kami menyambut baik usaha yang dilakukan oleh FarmByte Sdn. Bhd. yang sangat komited dalam usaha untuk memacu pembangunan sektor pertanian dan seterusnya menghasilkan produk agromakanan bernilai tinggi,” katanya.

 

Zahari berkata, pembangunan FarmByte FoodHub berteraskan inovasi dan ‘digital first’ itu akan melibatkan ‘contract farmers’ di kalangan pekebun kecil dan belia dalam usaha memperkasa sosioekonomi.

 

“Selari dengan usaha ini juga, kerajaan negeri amat mengalu-alukan dan menggalakkan pelbagai syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lain di Johor untuk terlibat secara langsung dalam merancakkan aktiviti pertanian agromakanan.

 

“Di kesempatan ini, saya bagi pihak kerajaan negeri ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Johor Corporation, KULIM (M) Berhad, FarmByte Sdn Bhd khususnya, jabatan dan agensi sektor pertanian dan para petani yang terlibat dalam menjayakan inisiatif ini,” kata beliau.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor