AURA CHONG WEI, JOHOR BENAM SARAWAK 5-0

Skuad badminton lelaki Johor menutup saingan peringkat kumpulan Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 dengan menewaskan Sarawak 5-0 dalam aksi yang turut disaksikan YBhg. Datuk Seri Lee Chong Wei, Duta Sukan Johor di Setia City Convention Centre.
#ShahAlam – Skuad badminton lelaki Johor menutup saingan peringkat kumpulan Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 dengan menewaskan Sarawak 5-0 dalam aksi yang turut disaksikan YBhg. Datuk Seri Lee Chong Wei, Duta Sukan Johor di Setia City Convention Centre, hari ini.
Chee Hong Wei membuka pungutan mata Johor dengan aksi dominan apabila hanya memerlukan 12 minit untuk menundukkan Alwyn Chua Kai Xu 21-13, 21-0 dalam perseorangan pertama sekali gus memberikan permulaan sempurna kepada kem negeri.
Momentum positif diteruskan gandingan Toh E Hern dan Wee Yee Tern yang menggandakan kelebihan selepas menewaskan Darrent Lim Lian Zhan dan Isyraf Hafizin Ibrahim 21-14, 21-14 dalam pertarungan beregu selama 25 minit.
Johor kemudiannya mengesahkan kemenangan ke atas Sarawak apabila Gavin Ng Jing Yi mengatasi Chung Jia Ho 21-15, 21-12 dalam perseorangan kedua untuk melebarkan kedudukan kepada 3-0.
Mata keempat hadir menerusi Amirul Imran Azuan dan Siau Yu Hang yang mempamerkan kebangkitan selepas kehilangan set kedua sebelum menewaskan Brendan Liu Ee Haw dan Leong Ming Kai 21-15, 16-21, 21-11 dalam aksi tiga set.
Chen Jia Le melengkapkan kemenangan bersih 5-0 buat Johor menerusi perseorangan terakhir selepas mengetepikan cabaran Jared Foo Dun Liang 21-14, 21-12 sekali gus menoktahkan aksi peringkat kumpulan dengan persembahan meyakinkan.
Kehadiran Lee Chong Wei di gelanggang turut menyuntik motivasi kepada barisan pemain negeri selaras dengan peranannya sebagai Duta Sukan Johor dalam menyemarakkan semangat atlet muda serta menyokong usaha pembangunan sukan berprestasi tinggi.
#JohorSafeZone
#Badminton
#SUKMAXXII
#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



