Artikel oleh Mohd Firdaus Yon

KPT, USIM CADANG BINA HOSPITAL PENGAJAR DI JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor menyambut baik cadangan pembinaan kompleks Hospital Pengajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Kota Tinggi.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersama USIM bercadang membina kompleks hospital tersebut.   Menurut beliau, kompleks hospital itu dijangka dapat menampung pesakit sekitar Kota Tinggi, Pengerang […]

USAHA PULIH BEKALAN ELEKTRIK GIAT DILAKSANAKAN

  ISKANDAR PUTERI — Sebanyak 45 kawasan di empat daerah masih belum menerima bekalan elektrik berikutan banjir yang melanda di negeri ini.   Daripada jumlah tersebut, 41 kawasan merupakan di daerah Batu Pahat diikuti Muar (2) serta Segamat dan Mersing (1).   Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli […]

HAB AGROMAKANAN ‘FARMBYTE’ KUKUH AGENDA KETERJAMINAN MAKANAN

  ISKANDAR PUTERI — Agenda Jaminan Bekalan Makanan sentiasa menjadi keutamaan dan menjadi antara fokus dalam hala tuju pembangunan negeri ini.   Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip berkata, salah satu pelaksanaannya menerusi penubuhan Farmbyte FoodHub di Ulu Tiram.   “Ianya merupakan inisiatif oleh Johor Corporation […]

KERAJAAN JOHOR BERI KERJASAMA PENUH : INISIATIF JENDELA

  ISKANDAR PUTERI — Pelaksanaan inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) menjadi antara intipati perbincangan antara Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil.   Kedua-dua pemimpin tersebut bertemu dalam lawatan kerja rasmi pertama Fahmi ke negeri ini, bersama delegasi Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).   Dalam pertemuan […]

JOHOR ISYTIHAR CUTI GANTI JIKA AWAL RAMADAN PADA 23 MAC

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor mengisytiharkan hari Ahad bersamaan 26 Mac 2023 sebagai Hari Kelepasan Am sekiranya Awal Ramadan jatuh pada Khamis, 23 Mac ini.   Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani berkata, gantian cuti bagi Hari Kelepasan Am itu selaras dengan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).   […]

JOHOR TERIMA BANTUAN KEMANUSIAAN TIGA NEGERI

  ISKANDAR PUTERI — Tiga negeri menzahirkan sokongan terhadap Kerajaan Johor dengan menghantar bantuan kemanusiaan susulan bencana banjir melanda negeri ini.   Kerajaan Pahang pimpinan Dato’ Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang sebelum ini telah melancarkan Misi Bantuan Kemanusiaan Pahang Prihatin Ke Johor.   Untuk misi bantuan itu, Kerajaan Pahang memperuntukkan pelbagai bentuk […]

BANTUAN MANGSA BANJIR PERLU IKUT SALURAN

  ISKANDAR PUTERI — Pelbagai pihak termasuklah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan boleh menghulurkan sumbangan bantuan kepada mangsa banjir melalui saluran yang disediakan.   Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Belia, Sukan dan Sukarelawan), Dato’ Onn Jabbar berkata, saluran tersebut adalah melalui Southern Volunteers (SV), Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) dan Pusat Gerakan Pasca Banjir […]

SUKARELAWAN SV KE SEGAMAT BAGI MISI PASCA BANJIR

  ISKANDAR PUTERI — Sukarelawan terlibat dalam Misi Southern Volunteers (SV) Konvoi Pasca Banjir Negeri Johor ke daerah Segamat bermula hari ini, hingga 12 Mac depan.   Hadir menyempurnakan pelepasan konvoi misi tersebut adalah Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.   Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani serta barisan […]

SWM ENVIRONMENT LAKSANA PEMBERSIHAN PASCA BANJIR

  ISKANDAR PUTERI — SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) telah melaksanakan inisiatif pembersihan pasca banjir bagi membersihkan enam daerah yang terjejas, secara berperingkat.   Operasi bantuan banjir tersebut dijayakan di Kluang, Segamat, Johor Bahru, Kulai, Mersing dan Kota Tinggi dengan berat kutipan sisa banjir terkumpul berjumlah 160,000 kilogram setakat hari ini.   Pengurus Besar […]

KERAJAAN JOHOR ZAHIR PENGHARGAAN KEPRIHATINAN PM

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor merakamkan penghargaaan kepada Kerajaan Persekutuan atas bantuan diberikan bagi meringankan kesukaran dihadapi berikutan bencana banjir yang melanda negeri ini.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berterima kasih kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas keprihatinan terhadap mangsa banjir di Johor.   “Perdana Menteri telah menjawab di […]