Entries by Muhammad Imran Mohd Razib

KUMPULAN PERTAMA ROMBONGAN KERAJAAN JOHOR BERANGKAT KE TANAH SUCI

  ISKANDAR PUTERI — SERAMAI 142 jemaah haji kumpulan pertama Rombongan Kerajaan Johor (RKJ) berangkat ke Tanah Suci dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), dekat Senai, semalam.   Majlis pelepasan dan mengucapkan selamat jalan disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi di pintu dua Balai Berlepas LTAS kira-kira jam 9.30 malam tadi.   Turut […]

KAMPUNG ORANG ASLI SRI MAHKOTA BERPOTENSI JADI KAMPUNG CONTOH

  Oleh Imran Razib ISKANDAR PUTERI — Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Johor berhasrat untuk mengangkat Kampung Orang Asli Sri Mahkota sebagai kampung contoh.   Pengarahnya, Faisal Long berkata, bagi merealisasikan hasrat tersebut, pelbagai usaha perlu dipergiatkan dengan penglibatan masyarakat Orang Asli di perkampungan itu.   “Kita akan angkat kampung ini menjadi kampung contoh. […]

BEKALAN MAKANAN MENCUKUPI, JOHOR SEDIA BANTU NEGERI LAIN

  PONTIAN — Hasrat Kerajaan Negeri Johor bagi memperkasa peranan sebagai pengeluar bekalan makanan berada pada landasan tepat susulan kerjasama erat dengan pelbagai agensi berkaitan pertanian dan keterjaminan makanan (food security).   Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip, berkata Kerajaan Negeri sedang giat mengadakan siri pertemuan […]

JELAJAH MUHIBBAH SANTUNI MASYARAKAT ORANG ASLI JOHOR

  PONTIAN — Hubungan akrab antara pemimpin kerajaan dan masyarakat Orang Asli di Johor sememangnya sudah lama terjalin lebih-lebih lagi melibatkan Institusi Diraja Johor dan para pemimpin Kerajaan Negeri.   Terbaharu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip meneruskan jalinan rapat dengan Orang Asli di Johor menerusi […]

BEKALAN HAIWAN KORBAN DI JOHOR MENCUKUPI

  PONTIAN — Bekalan ternakan haiwan korban seperti lembu, kambing, kerbau dan biri-biri dijamin mencukupi bagi umat Islam di Johor melaksanakan ibadah korban sempena Aidiladha, bulan depan.   Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip, berkata jumlah ternakan bagi penyembelihan ditentukan berdasarkan angka yang disediakan oleh Jabatan […]

KERAJAAN JOHOR MOHON TIGA PERMINTAAN DIMASUKKAN DALAM RMK12

  ISKANDAR PUTERI — Naik taraf Hospital Sultanah Aminah (HSA), Lebuhraya Senai-Desaru dan bekalan air mentah berkualiti adalah tiga permintaan Kerajaan Negeri Johor kepada Kerajaan Persekutuan.   Permintaan tersebut disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli ketika berucap pada Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) […]

PASUKAN PENGURUSAN KKM AKAN TINJAU KEADAAN HSA & HSI

  KLUANG — Pasukan Pengurusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diketuai oleh Pemangku Ketua Setiausaha KKM, Dato’ Sri Norazman Ayub akan mengadakan lawatan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI), minggu ini.   Ia bagi meninjau sendiri keadaan operasi di kedua-dua hospital yang sibuk di Johor, selain bagi mendapatkan jalan penyelesaian terhadap […]

PENANTIAN HAMPIR 20 TAHUN BERAKHIR

  KOTA TINGGI — Penantian hampir 20 tahun kira-kira 300 penduduk terdiri daripada generasi kedua FELDA Sungai Sayong dan FELDA Bukit Ramun untuk menerima hak milik tanah masing-masing, berakhir.   Kesemua mereka menerima notis 5A yang disampaikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, semalam.   Onn Hafiz berkata, usaha melibatkan semua pihak bagi […]

KEM BERBASIKAL TREK DAN BMX JOHOR CIPTA KEJAYAAN DI BUMI NILAI

  ISKANDAR PUTERI — Skuad berbasikal trek Negeri Johor berjaya meraih lima pingat emas, 11 pingat perak dan 10 pingat gangsa pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan yang berlangsung di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan, minggu lalu.   Lima emas buat kem Johor disumbang menerusi acara pecut berpasukan remaja wanita, pecut berpasukan elit lelaki, kejar mengejar […]

POLIS JOHOR BUKA KERTAS SIASATAN ISU PARTI LIAR

  ISKANDAR PUTERI — Polis Johor memberi amaran keras kepada penganjur parti liar “Gang Bang JB Party” yang tular di media sosial agar tidak meneruskan penganjurannya.   Ketua Polis Johor, Dato’ Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya juga telah membuka kertas siasatan berhubung penganjuran program tidak bermoral itu.   “Kes disiasat di bawah Seksyen 292 (e) […]