JOHOR SEDIA LAKSANA KHUTBAH JUMAAT MESRA OKU
Negeri Johor bakal memperkenalkan penyampaian Khutbah Jumaat mesra Orang Kurang Upaya (OKU) pekak dan bisu di masjid dan surau Jumaat, yang dijangka bermula Ramadan tahun ini. YB Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor memaklumkan inisiatif berkenaan bagi membolehkan golongan terbabit memahami isi kandungan khutbah yang disampaikan. […]