MBJB CATAT RM524.09 JUTA KUTIPAN HASIL TAHUN 2023


YB Dato’ Mohd Noorazam Osman, Datuk Bandar MBJB mempengerusikan Mesyuarat Penuh MBJB Bil. 1/2024, hari ini. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) berjaya mencatatkan jumlah kutipan hasil sebanyak RM524.09 juta pada tahun lalu, iaitu meningkat 23.3 peratus berbanding tahun 2022.

 

YB Dato’ Mohd Noorazam Osman, Datuk Bandar MBJB dalam Mesyuarat Penuh MBJB Bil. 1/2024 memaklumkan jumlah berkenaan melibatkan hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil.

 

Selain itu, laporan prestasi pengurusan aduan awam MBJB bagi tahun lalu juga memberangsangkan dengan 12,439 daripada 14,760 aduan berjaya diselesaikan.

 

MBJB sentiasa bekerjasama dengan agensi berkaitan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan pelbagai bagi menyelesaikan aduan di luar bidang kuasa pentadbirannya.

 

Terdahulu, turut diadakan Pelancaran Portal GeoJB versi 3.0 sempena Sambutan Ulang Tahun ke-30 Perisyhtiharan MBJB di Johor Bahru Integrated Operation Command Centre (JBIOCC), hari ini.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor