6 INISIATIF STRATEGI PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN RESPONSIF


  ISKANDAR PUTERI — Enam inisiatif diumumkan di bawah Strategi Penyampaian Perkhidmatan Yang Responsif dalam teras Tadbir Urus Kerajaan. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, inisiatif pertama adalah sumbangan kepada pegawai daerah. “Dalam menghargai komitmen dan kesungguhan para Pegawai Daerah, kerajaan negeri bersetuju untuk meneruskan sumbangan keraian untuk meringankan beban kewangan pejabat-pejabat daerah […]

PROGRAM PENGAJIAN PHD, SARJANA PENJAWAT AWAM JOHOR DITERUSKAN


  ISKANDAR PUTERI — Program pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan Sarjana serta pelbagai program melahirkan ‘subject matter experts’ di kalangan penjawat awam Johor akan diteruskan pada tahun hadapan. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, sejumlah RM6 juta diperuntukkan bagi tujuan tersebut. “Kerajaan negeri juga akan memperluaskan jaringan kolaborasi di peringkat […]

KERAJAAN JOHOR SASAR PUNGUTAN HASIL RM1,734.18 JUTA


  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan negeri mensasarkan pungutan hasil sebanyak RM1,734.18 juta pada tahun hadapan, peningkatan RM62.6 juta atau 3.7 peratus berbanding tahun lalu. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, berdasarkan anggaran tersebut, sebanyak RM836.48 juta disumbangkan melalui cukai langsung, manakala RM24.53 juta menerusi cukai tidak langsung. Menurut beliau, 90 peratus hasil cukai […]

MENTERI BESAR JOHOR BENTANG BELANJAWAN SULUNG


  ISKANDAR PUTERI — Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini membentangkan Belanjawan Johor 2023, belanjawan sulungnya sebagai Menteri Besar Johor. Menurut beliau, belanjawan negeri bagi tahun hadapan yang berkesinambungan dengan Agenda Maju Johor itu ditunjangi oleh enam teras selain didukung strategi dan disokong dengan inisiatif. Enam teras tersebut adalah tadbir urus kerajaan; pembangunan ekonomi; jaringan […]

JOHOR TERUS MENUNJUKKAN PRESTASI MEMBERANGSANGKAN


  ISKANDAR PUTERI — Johor terus menunjukkan prestasi memberangsangkan meskipun dihimpit ketidaktentuan ekonomi, kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi. Menurut beliau, keadaan ekonomi Johor kembali rancak dalam era pemulihan pada masa kini. “Pada hemat saya, kerancakan kemajuan ekonomi Johor ini disumbangkan oleh empat faktor utama. Pertama, kedudukan politik Johor yang stabil. Kedua, polisi […]

KERAJAAN JOHOR JUNJUNG KASIH KURNIAAN KELUARGA DIRAJA JOHOR


  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor hari ini merafak sembah menjunjung seting-tinggi kasih kepada Keluarga DiRaja Johor atas kurniaan sumbangan kepada seluruh Bangsa Johor terutama ketika tempoh pandemik Covid-19. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata kurniaan sumbangan daripada pihak Keluarga DiRaja Johor telah banyak meringankan beban yang dihadapi oleh rakyat jelata. “Untuk makluman […]

KERAJAAN JOHOR UMUM BANTUAN KHAS KEWANGAN SEBULAN GAJI


  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pemberian bantuan khas itu untuk kakitangan kerajaan negeri dan kakitangan awam persekutuan yang dibayar gaji oleh kerajaan negeri melibatkan keseluruhan 13,893 orang. Menurut beliau lagi, bantuan khas […]

KERAJAAN JOHOR BENTANG BELANJAWAN SURPLUS


  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor hari ini membentangkan Belanjawan Johor 2023 dengan lebihan atau ‘surplus’ sebanyak RM2.44 juta. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pada tahun hadapan, unjuran hasil negeri adalah sebanyak RM1,734.18 juta. Menurut beliau, unjuran perbelanjaan pada tahun 2023 pula adalah sebanyak RM1,731.74 juta. “Sejumlah RM1,126.74 juta diperuntukkan bagi tujuan […]

145 MUSOLLA STESEN MINYAK PETRONAS TERIMA SIJIL PENGESAHAN ARAH KIBLAT


  ISKANDAR PUTERI — Jabatan Mufti Johor hari ini menyerahkan Sijil Pengesahan Arah Kiblat Musolla di Stesen Minyak Petronas di negeri Johor. Jabatan Mufti Johor dalam kenyataan ringkas di laman Facebook rasminya berkata, sebanyak 145 buah musolla di seluruh negeri Johor telah disah tentukan arah kiblatnya. Bagi tujuan itu, Bahagian Falak Jabatan Mufti Johor diberi […]

POTENSI PEKAN-PEKAN KECIL DI BATU PAHAT AKAN DIBANGUNKAN


  ISKANDAR PUTERI — Pejabat Daerah Batu Pahat merancang untuk membangunkan potensi pembangunan pekan-pekan kecil yang terletak di daerah itu bagi manfaat penduduk di kawasan berkenaan secara bersama. Menerusi inisiatif itu akan membolehkan potensi yang terdapat pada pekan-pekan kecil akan dapat diketengahkan bagi memajukan kawasan berkenaan pada masa depan. Pegawai Daerah Batu Pahat, Nasri Md […]