ZIARAH KASIH @ JOJ TANJUNG SURAT SUNTIK SEMANGAT PRIHATIN

  #KotaTinggi – Semangat muafakat dan keprihatinan terhadap insan yang memerlukan terus dizahirkan menerusi Program Ziarah Kasih sempena Jelajah Orang Johor (JOJ) Tanjung Surat yang melibatkan kawasan FELDA Sening, FELDA Adela, FELDA Kledang dan FELDA Tunggal.   Program yang kini memasuki hari terakhir penganjurannya ini bukan sekadar penyerahan bantuan tetapi simbol komitmen berterusan terhadap warga […]

SV PRIHATIN SANTUNI GOLONGAN MEMERLUKAN SEMPENA JOJ @ TANJUNG SURAT

  #KotaTinggi – Semangat kesukarelawan yang tinggi di samping kesungguhan membantu masyarakat di negeri ini menjadi kunci utama kepada Southern Volunteer dalam membantu Bangsa Johor dalam apa jua situasi.   Perkara itu diterjemahkan oleh pasukan SV menerusi Southern Volunteers Prihatin @ Bangsa Johor yang dilaksanakan sempena Program Jelajah Orang Johor (JOJ) Tanjung Surat yang berlangsung […]

PRN JOHOR 2026: MESYUARAT KHAS SPR 12 JUN INI

  #IskandarPuteri – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor Ke-16 pada 12 Jun ini bagi menetapkan tarikh-tarikh penting pelaksanaan pilihan raya negeri berkenaan.   Mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sri Ramlan Dato’ Harun, Pengerusi SPR, itu dijadual membincangkan beberapa perkara utama termasuk tarikh […]

ORANG MUDA JOHOR DISERU AMBIL PELUANG PEMBANGUNAN NEGERI

  #BatuPahat – Seiring pembangunan negeri yang semakin rancak, Orang Muda Johor terus diseru supaya merebut setiap peluang yang diwujudkan menerusi pelbagai agenda pembangunan strategik yang dilaksanakan oleh Kerajaan Johor, sebelum ini.   Bagi tujuan itu, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan antaranya pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi baharu menerusi peningkatan pelaburan […]

JAINJ INGATKAN SEMULA LARANGAN AKTIVITI POLITIK DI MASJID DAN SURAU

  #IskandarPuteri – Semua masjid dan surau di seluruh Johor akan terus dipelihara sebagai institusi penyatuan ummah yang bebas daripada sebarang pengaruh politik kepartian menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16.   Perkara itu selaras dengan Garis Panduan Larangan Aktiviti Politik Dalam Program Pengimarahan Masjid dan Surau Negeri Johor yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam […]

DEWAN NEGERI JOHOR BUBAR BERKUAT KUASA HARI INI

  #JohorBahru – Dewan Negeri (DUN) Johor ke-15 secara rasminya dibubarkan hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.   Pembubaran DUN Johor ke-15 ini dibuat selepas watikah pembubaran mendapat perkenan daripada DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor selaras dengan Fasal 23, Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.   […]

SURI RUMAH, PASANGAN BAHARU BERKAHWIN LEGA TERIMA BKJ

  #SimpangRenggam – Penerima Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas keprihatinan terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat menerusi penyaluran bantuan tersebut.   Bagi V. Agilandam, 38, yang menerima BKJ bagi kategori Suri Rumah Tidak Bekerja memberitahu dirinya memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa […]

KERAJAAN JOHOR PERUNTUK LEBIH RM30 JUTA UNTUK BAKUL KASIH, MANFAAT 550,000 KELUARGA

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri terus memperkukuh agenda kebajikan rakyat menerusi pelaksanaan bantuan Bakul Kasih Johor dengan peruntukan lebih RM30 juta bagi membantu golongan yang memerlukan di seluruh negeri.   Inisiatif signifikan ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 550,000 keluarga Bangsa Johor khususnya dalam mendepani cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat serta ketidaktentuan ekonomi […]

PENGANTIN BAHARU, AJK MASJID DAN SURAU HARGAI BKJ

  #IskandarPuteri – Pelaksanaan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa Keempat terus menerima maklum balas positif daripada rakyat yang menyifatkan bantuan yang disalurkan sebagai usaha murni Kerajaan Johor dalam membantu meringankan beban kos sara hidup serta meningkatkan kesejahteraan Bangsa Johor.   Bagi pasangan baharu berkahwin kategori Muslim, Muhammad Firdaus Roslan, 29, bersama isterinya, Siti Aisyah Mohd […]

CUTI PANJANG BAWA REZEKI UNTUK PENGUSAHA TEMPATAN

  #IskandarPuteri – Cuti panjang sempena Aidiladha, Hari Wesak, Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong serta musim cuti persekolahan terus memberi limpahan rezeki kepada peniaga kecil dan pengusaha tempatan di seluruh Johor apabila beberapa kawasan tumpuan awam dilihat menerima peningkatan kehadiran pengunjung.   Bagi Nur Aisyah Hamdan, 32, pengusaha makanan di Pontian, peningkatan pelanggan ketika […]