MB JOHOR SERU UMAT ISLAM BERSATU HATI SEMPENA MAAL HIJRAH

  #IskandarPuteri – Umat Islam di Johor diseru untuk terus bersatu hati, memperkukuh hubungan sesama masyarakat serta menjadikan nilai agama sebagai tunjang dalam usaha membangunkan negeri dan bangsa sempena sambutan Maal Hijrah 1448H/2026M.   Kemajuan sesebuah negeri tidak seharusnya diukur melalui pembangunan fizikal semata-mata, sebaliknya ia juga perlu berpaksikan nilai agama serta mendapat keberkatan daripada […]

JOHOR GESA PROJEK E-ART DISEGERAKAN

  #IskandarPuteri – Kerajaan Johor menggesa pelaksanaan projek Sistem Transit Aliran Autonomi Bertingkat (E-ART) disegerakan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar raya Johor Bahru menjelang operasi Sistem Transit Rapid (RTS Link) Johor Bahru-Singapura pada awal 2027.   Pelbagai langkah jangka pendek dan sederhana yang sedang dilaksanakan ketika ini termasuk memperluaskan kemudahan Park & Ride, […]

4,500 BANGSA JOHOR MOHON BANTUAN PERUMAHAN KASIH JOHOR DALAM DUA HARI

  #IskandarPuteri – Golongan belia dan pasangan muda menjadi antara kumpulan yang paling ramai hadir mengemukakan permohonan Bantuan Perumahan Kasih Johor, sekali gus mencerminkan keperluan pemilikan kediaman yang semakin menjadi keutamaan dalam kalangan generasi muda di negeri ini.   Dalam tempoh dua hari sahaja iaitu Sabtu dan Ahad, lebih 4,500 Bangsa Johor hadir menghantar borang […]

KARNIVAL KERJAYA JTDC MYFUTURE JOBS @ BATU PAHAT PERKASA PASARAN KERJA DI JOHOR

  #BatuPahat – Karnival Kerjaya Johor Talent Development Council (JTDC) MyFuture Jobs @ Batu Pahat kini kembali menghimpunkan pencari kerja dan majikan daripada pelbagai industri khususnya di daerah ini dalam usaha untuk memperkasa pasaran kerja di Johor.   Karnival ini yang diadakan sempena Jelajah Orang Johor (JOJ) X Jelajah Aspirasi Orang Muda Johor (JAOMJ) di […]

MB SEDIA NAIK KTM KOMUTER, TUNGGU JEMPUTAN RASMI MOT

  #IskandarPuteri — Kerajaan Negeri menyambut baik jemputan untuk menghadiri program pelaksanaan projek KTM Komuter yang dijadual berlangsung pada Selasa ini dengan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, menyatakan kesediaan untuk melapangkan jadual bagi menghadiri program berkenaan demi kepentingan Bangsa Johor.   Bagaimanapun, sehingga kini pejabat beliau masih belum menerima sebarang surat jemputan […]

JELAJAH E-INVOIS HASiL PERKASA PENDIDIKAN PERCUKAIAN KEPADA KOMUNITI

  #IskandarPuteri – Program Jelajah Pendidikan Percukaian dan e-Invois HASiL Johor 2026 berjaya menghimpunkan seramai 115 komuniti peniaga tempatan khususnya di Segamat bagi meningkatkan kefahaman mengenai pelaksanaan e-Invois serta memperkukuh literasi percukaian dalam kalangan usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).   Daerah Segamat telah dipilih sebagai lokasi pertama untuk tahun 2026 dan merupakan penganjuran […]

SPR TETAP 11 JULAI HARI MENGUNDI PRU DN JOHOR KE-16

  #IskandarPuteri – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan 11 Julai 2026 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor Ke-16 bagi mengisi kekosongan 56 kerusi Dewan Negeri Johor (DUN).   Ketetapan itu diumumkan oleh YBhg. Dato’ Sri Ramlan Dato’ Harun, Pengerusi SPR, selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas PRU DN Johor […]

KEBOCORAN BAHAN KIMIA DI KAWASAN PERINDUSTRIAN PASIR GUDANG BERJAYA DIKAWAL

  #IskandarPuteri – Tindakan pantas daripada pelbagai agensi berjaya mengawal kejadian kebocoran bahan kimia yang dipercayai berlaku di sebuah premis industri di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang hari ini, sekali gus memastikan keselamatan pekerja dan komuniti sekitar terus terpelihara.   Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor dalam kenyataannya memaklumkan telah menerima laporan berhubung kejadian […]

JOHOR SASAR 5,000 PENSIJILAN HALAL MENJELANG 2030

  #IskandarPuteri – Kerajaan Johor menyasarkan sebanyak 5,000 pensijilan halal dapat dicapai menjelang tahun 2030 menerusi Pelan Kemajuan Halal Negeri Johor 2030 (PKHNJ 2030) dalam usaha memperkukuh kedudukan negeri ini sebagai antara peneraju industri halal terkemuka di negara ini.   Sasaran tersebut turut merangkumi pembangunan 20 Halal Champions dan 4,000 tenaga mahir halal bagi menyokong […]

8,537 ANAK MUDA JOHOR NIKMATI GAJI PREMIUM MENERUSI JTDC

  #IskandarPuteri – Usaha Kerajaan Johor menerusi Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) untuk memperkasakan pembangunan modal insan di negeri ini terus membuahkan hasil yang diingini apabila ribuan anak Johor kini berjaya menikmati peluang pekerjaan bergaji premium.   Sehingga Mei 2026, seramai 8,537 anak muda Johor berjaya memperoleh pekerjaan dengan pendapatan melebihi RM4,000 sebulan menerusi pelbagai […]