MEDIA BERPERANAN BENTUK MINDA, MENTALITI BANGSA JOHOR KELAS PERTAMA

  Kerajaan Negeri sentiasa mengiktiraf peranan pengamal media di negeri ini, dalam merealisasikan impian Johor menjadi sebuah negeri maju dengan cara dan acuan tersendiri.   Bagaimanapun, untuk menjayakan impian berkenaan, pengamal media diseru untuk berusaha melakukan gerak kerja pelaporan secara ‘extraordinary’ mengikut kreativiti masing-masing.   Johor diyakini mampu menjadi negeri termaju di negara ini, dari […]

PROGRAM BUBUR LAMBUK PERDANA KOTA ISKANDAR MERIAH

  Program Bubur Lambuk Perdana Kota Iskandar 1445H / 2024M anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor berlangsung meriah dengan penyertaan jabatan dan agensi negeri melibatkan hampir 300 penjawat awam di parkir Blok C, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, hari ini.   Turut berlangsung serentak di 10 daerah dengan keseluruhan 105 periuk bubur lambuk, program julung kali diadakan […]

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PROGRAM MEMBUDAYAKAN AL-QURAN PERINGKAT NEGERI JOHOR

  Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran Program Membudayakan Al-Quran Peringkat Negeri Johor di Masjid Bandar Pontian, hari ini.   Turut mengiringi keberangkatan Baginda adalah Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim dan suami, Dato’ […]

PENJAWAT AWAM DISANTUNI ZAHIR PENGHARGAAN

  Siri Satu Program HELP : Seluhur Kasih Simbiosis Tercipta Tahun 2024 anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor menerusi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) melabuhkan tirai, hari ini, setelah dua hari menyantuni penjawat awam negeri yang memerlukan di Negeri Johor.   Hari kedua program kembara psikologi itu menyaksikan 46 penjawat awam di seluruh daerah merakamkan penghargaan […]

KERAJAAN JOHOR SERIUS TANGANI ISU PENGHINAAN ISLAM

  Pendakwaan terhadap mereka terkait dengan isu stoking tertera kalimah Allah atas pertuduhan melukakan perasaan agama seseorang di Mahkamah Sesyen semalam, hendaklah menjadi amaran keras kepada semua pihak supaya menghormati Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.   Kerajaan Johor tidak akan berkompromi kepada mana-mana pihak yang cuba mengganggu gugat kemuliaan agama Islam, dan seluruh umat Islam […]

PROGRAM HELP SELUHUR KASIH SIMBIOSIS TERCIPTA SANTUNI PENJAWAT AWAM DITIMPA MUSIBAH

  Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor menerusi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) menganjurkan Program HELP : Seluruh Kasih Simbiosis Tercipta 2024 yang bakal menyantuni kira-kira 300 penjawat awam negeri ditimpa musibah dan kurang bernasib baik di seluruh daerah sepanjang tahun ini.   Program Kembara Psikologi itu merupakan anjuran bersama Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Pejabat Setiausaha […]

PERMOHONAN GERAN KOMUNITI ISKANDAR PUTERI RENDAH KARBON DIBUKA

  Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) meneruskan inisiatif penawaran Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon 4.0 berjumlah RM500,000 bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap amalan pembudayaan rendah karbon.   Permohonan daripada komuniti termasuk pihak sekolah dan badan bukan kerajaan (NGO) akan melalui proses pemilihan MBIP terlebih dahulu sebelum geran ditawarkan kepada projek yang memenuhi kriteria untuk […]

2,300 BUBUR LAMBUK DIEDAR KEPADA KOMUNITI ISKANDAR PUTERI

  Lebih 2,300 bungkus bubur lambuk berjaya disediakan oleh 150 sukarelawan sempena Program Bubur Lambuk Perdana Peringkat Komuniti Iskandar Puteri 2024 anjuran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) di Masjid Taman Impian Emas, dekat Skudai, hari ini.   Kesemua sukarelawan terlibat terdiri dalam kalangan warga MBIP dan rakan strategik program iaitu Southern Volunteers Iskandar Puteri, Yayasan […]

PASTIKAN INISIATIF KERAJAAN NEGERI SAMPAI KEPADA RAKYAT

  Turun ke lapangan bertemu rakyat seperti penganjuran Jelajah Aspirasi Orang Muda Johor @ Kluang 2024 menjadi pendekatan signifikan dan berkesan diambil Kerajaan Negeri untuk memastikan segala inisiatif disediakan sampai ke peringkat akar umbi serta dinikmati oleh Bangsa Johor.   Pendekatan seumpama itu bukan sahaja membuka ruang dan peluang kepada jabatan dan agensi Kerajaan Negeri […]

FASA SATU TMIYC KLUANG SIAP SEPENUHNYA

    Fasa satu projek pembangunan Pusat Belia Tunku Mahkota Ismail (TMIYC) Kluang di Renggam kini siap sepenuhnya dan sudah boleh dimanfaatkan oleh masyarakat setempat terutama golongan belia untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti sukan serta riadah.   Terdapat enam komponen pembangunan TMIYC Kluang dalam fasa satu iaitu baikpulih Dewan Orang Ramai Renggam dan gelanggang […]