HTGA 2025 BERI PENGIKTIRAFAN INDUSTRI HALAL DI JOHOR

Acara sidang akhbar HTGA 2025 di Rimbunan @ Mall of Medini. | Foto MDJ Wira Anggara

 

#JohorBahru – Platform digital pengembara Muslim terkenal, HalalTrip memperluaskan usaha memberi pengiktirafan kepada pemain industri makanan dan minuman (F&B) halal apabila memilih Negeri Johor bagi HalalTrip Gastronomy Awards (HTGA) 2025 yang memasuki edisi kedua.

 

Inisiatif signifikan dengan kerjasama Persekutuan Kulinari Halal Singapura (SHCF) yang merentasi sempadan itu bertujuan meningkatkan taraf gastronomi halal di rantau ini selain menetapkan penanda aras antarabangsa bagi kecemerlangan kulinari halal.

 

HTGA 2025 yang mendapat sokongan padu daripada Iskandar Investment Berhad (IIB), Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan Tourism Johor itu menampilkan tiga kategori iaitu Anugerah Diamond, Anugerah Best-in-Class dan Anugerah Cef.

 

Pengiktirafan terhadap kecermerlangan restoran, kedai makan dan penggiat industri F&B halal serta penghargaan ke atas kreativiti mahupun dedikasi cef dalam bidang kulinari di Negeri Johor itu akan diterjemahkan dalam majlis penyampaian anugerah HTGA 2025 pada September ini.

 

Dengan pewujudan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang mengenal pasti makanan dan hospitaliti sebagai antara sektor utama, HTGA 2025 dilihat bakal memperkukuhkan visi zon khas berkenaan bagi memupuk pertumbuhan dan inovasi secara dua hala.

 

Terdahulu, berlangsungnya acara sidang akhbar HTGA 2025 di Rimbunan @ Mall of Medini. Turut hadir, YM Raja Taufik Azad Ahmad Suhaimi, Ketua Komunikasi Strategik IRDA; YBrs. Encik Krishnamoorthy Kuppusamy, Naib Presiden Kanan IIB serta YBrs. Encik Fazal Bahardeen, Ketua Pegawai Eksekutif CrescentRating dan HalalTrip.

 

#HTGA2025
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor