TIGA AGENSI BERGANDING BAHU PULIHARA HUTAN SIMPAN GUNUNG ARONG

  Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ), Global Environment Centre (GEC) dan TH Plantations Berhad (THP) bekerjasama memelihara dan memulihara 4,300 hektar hutan pesisir pantai serta tanah gambut di bahagian timur laut Hutan Simpan Gunung Arong (HSGA), dekat Mersing.   Menerusi program berkenaan, THP memperuntukkan RM5 juta bagi melaksanakan tujuh program bagi tempoh tujuh tahun bermula […]

FESTIVAL USAHAWAN NUSANTARA 2023 SATUKAN USAHAWAN NUSANTARA

  Festival Usahawan Nusantara (FUN) 2023 berlangsung di Stadium Tertutup MBJB (Arena Larkin) bermula 2 hingga 5 November ini, menyaksikan penyertaan 90 pempamer terdiri usahawan dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand.   Dengan jangkaan kira-kira 40,000 pengunjung termasuk dari negara jiran, Singapura, festival ini menjadi akses kepada pasaran baharu untuk usahawan memasar dan menjual produk […]

PROGRAM BICARA EKSEKUTIF KESELAMATAN NEGARA NEGERI JOHOR: OP DAULAT

  Bertujuan memberikan perkongsian dan pengajaran daripada peristiwa pencerobohan Lahad Datu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor menganjurkan Program khas Bicara Eksekutif Keselamatan Negara Negeri Johor: Op Daulat.   Berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, program ini disempurnakan perasmiannya oleh Pegawai Kewangan Negeri Johor, YB Dato’ Salehuddin Hassan selaku wakil rasmi Setiausaha […]

APCW 2023: JOHOR JADI TUMPUAN USAHA DUNIA TANGANI PERUBAHAN IKLIM

  Persidangan Minggu Iklim Asia Pasifik (APCW) 2023 bakal melakar peristiwa penting ditandai dengan pemeteraian dan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara agensi Kerajaan Johor bersama pelbagai pemegang taruh.   MoU tersebut merangkumi pelbagai jenis kerjasama yang menampilkan inisiatif perkongsian sektor awam-swasta melibatkan agenda kelestarian termasuklah penubuhan Pusat Kelestarian Johor dan pelaksanaan ‘Johor Green Deal’.   […]

DYMM SULTAN JOHOR SENTIASA CAKNA RAKYATNYA

  “Jika tuanku pulang ke Muar dan bertemu dengan pemimpin tempatan, perkara pertama yang akan terbit daripada mulut baginda ialah ‘bagaimana keadaan rakyat saya?’,” kata Ketua Kampung Parit Sakai, Ahmad Raof Kayat.   Ahmad Raof memberitahu, keprihatinan Baginda Tuanku Sultan itu menyebabkan bukan sahaja menimbulkan rasa segan dari kalangan pemimpin setempat tetapi turut menimbulkan rasa […]

PUJI TINDAKAN RESPONSIF KERAJAAN NEGERI

  Ahli Dewan Negeri Johor Kawasan Skudai, Marina Ibrahim memuji tindakan responsif Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi setiap kali isu rumah pangsa daif dibangkitkan terutama di kawasan diwakilinya.   Kerajaan Johor menerusi Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta […]

BERSARA SELEPAS 31 TAHUN BERKHIDMAT

  Selepas lebih tiga dekad menabur bakti, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan), YB Dato’ Haji Mohd Noh Ibrahim menamatkan perkhidmatan bersama Kerajaan Negeri Johor berkuat kuasa 31 Oktober 2023.   Beliau memulakan kerjayanya dalam perkhidmatan awam pada 1 Mac 1992 dan pernah menjawat pelbagai jawatan di 15 jabatan yang berbeza sepanjang 31 tahun perkhidmatannya.   […]

KOPITIAM PENGERAT MUAFAKAT PENDUDUK MUAR

    Oleh: Badrul Kamal Zakaria, Ariff Nasseem Murad, Farhanah Haziqah Noh, Suhana Mohd Arifin dan Farhan Khair   Sebut sahaja pasal kopitiam tiada apa yang terlalu istimewa selain apa yang terlintas hanyalah sebuah restoran biasa yang seringkali disinggah untuk meminum secangkir kopi bersama hidangan yang biasanya roti sekaya.   Namun siapa sangka, kopitiam atau […]

MALAYSIA-SINGAPURA JALANKAN KAJIAN KEBOLEHLAKSANAAN SEZ

  Malaysia dan Singapura sedang menjalankan kajian kebolehlaksanaan Zon Ekonomi Khas (SEZ) untuk mengenal pasti perkara yang perlu diberikan tumpuan pada zon berkenaan pada masa akan datang.   Susulan daripada itu, kedua-dua negara dijangka mengadakan perbincangan sebelum menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengenai SEZ pada Januari 2024.   Malaysia dan Singapura menzahirkan harapan penubuhan SEZ dapat […]

INSTITUSI JCS SEMAKIN AMPUH DAN MATANG

  Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor (JCS) kini berada pada tahap yang semakin ampuh dan matang selepas 128 tahun penubuhannya, kata YB Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor.   Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Setiausaha Kerajaan Johor Bersama Pegawai Tadbir Negeri Johor dan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (2021-2022) di Desaru Coast […]