HOKI PIALA SULTAN JOHOR 2022 MELABUHKAN TIRAI
ISKANDAR PUTERI — Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) 2022 Edisi Ke-10 melabuhkan tirainya, semalam, dengan menyaksikan India muncul juara selepas menewaskan Australia dalam aksi perlawanan akhir di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru. Kejayaan edisi kali ini merupakan kejuaraan kali ketiga buat India dalam kejohanan SOJC selepas meraih pencapaian sama pada tahun 2013 […]