SEDEKAD HEBHK BERI KHIDMAT KEPADA PENDUDUK KLUANG

  ISKANDAR PUTERI — Bermula dengan 268 katil dan 10 kepakaran perubatan pada 2012, Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang kini terus mengorak langkah dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada masyarakat. Kini selepas sedekad berlalu, fasiliti yang terdapat HEBHK sudah dinaiktaraf kepada 382 katil dan mempunyai 15 kepakaran perawatan kepada pesakit. Justeru, sempena sambutan […]

UTHM TARIK MINAT ANAK ORANG ASLI KUASAI SAINS DAN MATEMATIK

  ISKANDAR PUTERI — Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerusi Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST) dengan kerjasama Gading Kencana baru-baru ini mengadakan program menyantuni murid Orang Asli dari suku Semai di Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Gedong, Bidor, Perak. Program khidmat komuniti UTHM itu membabitkan penyertaan 87 murid sekolah berkenaan yang bertujuan menarik minat […]

DUA PPS BEROPERASI DI SEGAMAT

  ISKANDAR PUTERI — Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) beroperasi bagi menempatkan 14 keluarga terlibat dalam kejadian banjir di Segamat. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam satu kenyataan memaklumkan setakat jam 8 pagi, jumlah penduduk yang terjejas dengan banjir adalah 50 orang. Dua PPS yang dibuka adalah Balairaya Kampung Batu Badak dan Balairaya Kampung Kuala Paya. […]

UTHM JALIN KERJASAMA UiTM DALAM PENYELIDIKAN TEKNOLOGI PERUBATAN

  ISKANDAR PUTERI — Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerusi Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP) menjalinkan kerjasama dengan Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkaitan penyelidikan teknologi perubatan. Jalinan kerjasama dilaksanakan mengikut geran penyelidikan Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) yang membabitkan kos sebanyak RM80,600. Pensyarah Kanan FPTP, Dr Muhammad Ammar Shafi, berkata kerjasama […]

IDO LAKSANA SEKOLAH KEPIMPINAN ORANG MUDA JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Institut Dato’ Onn (IDO) dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Sekolah Kepimpinan Orang Muda Johor bagi melahirkan pemimpin muda bertaraf global dan berkarekter Johor. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, Modul Kepimpinan Medini akan dibangunkan oleh IDO yang meliputi modul polisi, komunikasi dan pembinaan sahsiah. Menurut beliau, kumpulan tersebut yang cemerlang pula […]

KERAJAAN JOHOR KOMITED AMBIL TINDAKAN ISU JALAN RAYA

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor menghargai maklumat mengenai keadaan jalan raya di negeri ini, disalurkan pelbagai pihak dan komited mengambil tindakan penyelesaian. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pemantauan secara berkala sering dilakukan olehnya bersama EXCO Kerja Raya, Pengarah Jabatan Kerja Raya dan pihak konsesi. Ujar beliau, ia bagi memastikan tindakan proaktif […]

PRIHATIN PENYEDIAAN PENGANGKUTAN AWAM EFISIEN, SELESA

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan negeri sentiasa prihatin dengan keperluan untuk menyediakan pengangkutan awam yang efisien dan selesa kepada Bangsa Johor. Dalam ucapan penggulungannya, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memaklumkan Rapid Transit System (RTS) telah mencapai 24 peratus kemajuannya dan dijangka siap pada tahun 2026. “Jumlah penumpang RTS dianggarkan secara 10,000 orang setiap […]

RM14.5 JUTA PERUNTUKAN DISALURKAN KEPADA MASYARAKAT PELBAGAI KAUM

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor menyalurkan peruntukan hampir RM14.5 juta kepada masyarakat Cina, India, Sikh dan lain-lain di negeri ini. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, peruntukan tersebut merangkumi bantuan kepada sekolah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rumah ibadat. “Di samping itu, kerajaan negeri telah membiayai tapak khairat kematian masyarakat India di […]

JOHOR LAKAR SEJARAH BERGELAR JUARA KALI PERTAMA

  ISKANDAR PUTERI – Pasukan sepak takraw Johor melakar sejarah selepas menjuarai Kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari, buat julung kalinya, semalam. Johor berjaya menewaskan pasukan sepak takraw ATM dalam perlawanan akhir kejohanan tersebut sekali gus membawa pulang RM30,000 berserta trofi kemenangan. Berkongsi kejayaan tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber […]

KONSISTEN MENJADIKAN JOHOR SEBAGAI ‘FAIR STATE’

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan negeri konsisten untuk menjadikan Johor sebagai ‘A Fair State and Not A Welfare State’ Berucap dalam penggulungannya, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, menyedari kepentingan teras Kebajikan dan Wanita, kerajaan negeri telah bergerak sebagai satu pasukan. Menurutnya, kerajaan negeri tidak akan lagi bekerja dalam ‘silos’ masing-masing. “Syukur alhamdulillah, […]